Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Majalah

Dewan Budaya » Sekeliling Kita
menyedariakan kewujudan nama Bukit Persekutuan. Hal ini dikatakandemikian kerana lokasinya yang agak terpisah dan tersendirisifatnya walaupun kedudukannya terletak di pinggiran laluanutama ke pusat bandar.Kawasan ini tidak ramai penduduk dan jarang-jarang dikunjungikerana tiada lokasi untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi. Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan
Dewan Budaya » 2013 » November
Arxan bermaksud air suci. Maka Gunung Arxan paling terkenal dengan mata air panas dan bukannya nama sesebuah puncak. Di Gunung Arxan, terdapat 76 buah mata air panas dan keunikan ini jarang-jarang ditemui di tempat lain di dunia. Difahamkan bahawa pada pertengahan Era Senozoik, zon sesar terbentuk di kawasan pergunungan Arxan dan air bawah tanah menyerap ke dalam retakan batu. Melalui pemanasan
Dewan Budaya » 2014 » June
dan Qing yang masih wujud di sini, terdapat lebih daripada 400 buah rumah yang masih dijaga dengan baiknya. Begitu banyak rumah purba di satu tempat dan dijaga dengan baiknya – amat jarang-jarang terdapat di tempat lain di China. Bangunan enam buah kuil dan kedai di kedua-dua belah jalan yang wujud sekarang merupakan bangunan yang dibina pada zaman purba. Bangunan rumah, yang
Dewan Budaya » 2017 » March
ANINAH JANANG Pada hari ini, mungkin masyarakat bandar tidak lagi mengenali gendang Pahang atau berpeluang melihat persembahan menarik hasil daripada paluannya. Kalau ada sekalipun, mungkin hanyalah dalam acara terpilih yang jarang-jarang diadakan, seperti Citrawarna Malaysia yang diadakan setahun sekali atau acara terpilih anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh dua faktor. Yang pertama, gendang Pahang
Dewan Budaya » Nota Editor
Pengunjung berbual-bual sambil menantikan azan yang menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puasa. Lazimnya pengunjung kelab itu datang secara berkumpulan, baik dengan keluarga, sahabat handai mahupun rakan sepejabat. Jarang-jarang pengunjung kelab datang berseorangan. Meja makan dipenuhi sajian. Ruang kosong sukar untuk dicari. Barangkali semakin besar meja, semakin banyaklah sajiannya. Hidangan disajikan secara bufet di tempat khusus. Barangkali sajian memenuhi
Dewan Budaya » 2013 » October
ekspedisi yang diketuai oleh Dr. G.de.G.Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman neolitik seperti pisau batu, barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang-jarang ditemui di bukit kapur Perlis dan Kelantan (Beamish dalam Salsabila Tang Abdullah). Di samping itu, kesedaran manusia Melayu untuk membentuk barang-barang keperluan dikatakan sebagai titik tolak kepada penciptaan awal
Dewan Budaya » 2014 » August
kaum pendatang ini ditempatkan di kawasan fizikal yang berbeza, dengan corak ekonomi yang tidak sama dan penggunaan bahasa yang tidak serupa, timbullah berbagai-bagai isu tidak kepuasan antara kaum. Mereka jarang-jarang berinteraksi antara satu sama lain kerana jurang perpisahan dalam pelbagai aspek. “Interaksi budaya merupakan satu proses yang penting dalam memupuk persefahaman dan perpaduan kaum. Sekiranya etnik-etnik tidak bergaul antara
Dewan Budaya » 2014 » December
dan barangan terpakai yang dijual pada harga yang cukup berbaloi. Yang menariknya, pasar ini menjanjikan 1000 kelainan kepada pengunjungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana disinilah barangan yang sukar dicari dan jarang-jarang ditemui pasti dijumpai. Di Malaysia, pasar karat sudah bertapak sejak sekian lamanya, kira-kira pada permulaan era 80-an. Walaupun begitu, perjalanan pasar ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan
Dewan Budaya » 2018 » July
menyedariakan kewujudan nama Bukit Persekutuan. Hal ini dikatakandemikian kerana lokasinya yang agak terpisah dan tersendirisifatnya walaupun kedudukannya terletak di pinggiran laluanutama ke pusat bandar.Kawasan ini tidak ramai penduduk dan jarang-jarang dikunjungikerana tiada lokasi untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi. Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan
Dewan Masyarakat | Nota Editor
Dewan Masyarakat dalam talian memaparkan seorang usahawan muda yang berdagang di England. Atas pemahaman beliau dengan selok-belok rangkaian sosial dan kepentingannya, beliau dapat memecah masuk tugu perniagaan England yang jarang-jarang sekali dilangkaui oleh anak Melayu tempatan. Tiga video turut dimuatkan, berhubungkait dengan Rencana Utama, Laporan Khas dan ruangan Filem Dewan Masyarakat bercetak Januari 2011. Kami turut memaparkan liputan bersama Ahmad
Dewan Budaya » 2011 » December
pada pemantun yang bijak menggunakan kiasan, kasih, budi dan sindiran menyebabkan tidak banyak pemantun dondang sayang dalam kalangan generasi baharu yang dapat mewarisi budaya ini. Hal ini mengakibatkan dondang sayang jarang-jarang dipersembahkan dalam kenduri perkahwinan atau majlis kebudayaan yang lain. Dalam kalangan Baba Nyonya, dondang sayang masih terpelihara, namun jumlah pemantun yang berkebolehan semakin berkurangan. Yang dibimbangkan ialah dondang sayang akan
Dewan Budaya » 2012 » February
setiap pertandingan gasing yang diadakan sentiasa mendapat sokongan daripada peminat. Ada yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata mahu menyaksikan kehebatan pemain gasing dan teknik permainan gasing tradisional yang kini jarang-jarang dapat disaksikan. Permainan gasing di Kelantan umpama irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Gasing menjadi permainan yang cukup popular di Kelantan. Sebagai permainan rakyat, gasing menjadi wadah perhubungan sosial
Dewan Budaya » 2012 » March
atau dari sudut pameran berteraskan “tema” atau “isu” yang tidak khusus ke arah kesusasteraan. Dr. Mohamed Najib Ahamad Dewa, mantan Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara (BSVN), mengatakan bahawa BSVN jarang-jarang menganjurkan pameran berinspirasikan kesusasteraan. Antara pameran bertemakan kesusasteraan yang kekal dalam ingatan penggiat seni negara ini ialah pameran “Manistasi Tiga Seni”, hasil kerjasama Persatuan Pelukis Malaysia serta Dewan Bahasa dan
Dewan Budaya » 2012 » April
itu sahaja mendedahkan betapa majunya pengajaran mata pelajaran Matematik di China. Pelajar di China mempelajari ilmu matematik kompleks sejak kanak-kanak sehingga berumur 18 tahun. Sedangkan pelajar di UK pula jarang-jarang mengkaji ilmu matematik kompleks sehinggalah mereka berumur 16 tahun. Di Amerika Syarikat (AS) pula, pencapaian mata pelajaran Matematik pelajarnya sedang mengalami krisis. Bahkan, kualiti pendidikannya turut berada di ambang kontroversi
Dewan Budaya » 2014 » October
Sarawak sahaja mempunyai 65 etnik. Jika diambil kira kelompok yang mewakili subetnik, dialek dan subbahasa, sudah tentu jumlahnya melebihi 200 buah kumpulan. Ada daripada nama etnik minoriti di Sabah yang jarang-jarang atau mungkin tidak pernah didengar, seperti etnik Sungai, Tagal. Tengara, Paitan, Lobu, Kimaragang, Kagayan, Bonggi, Bookan dan Lotud. Etnik di Sarawak, seperti Lahanan, Lisum, Longkiput, Lun Dayeh, Remun, Saban, Sihan
Dewan Budaya » 2015 » May
keluaran Mei 2015. Posted in: Uncategorized 0 Comments RAJA UNTUK RAKYAT, RAKYAT UNTUK RAJA admin on May 1st, 2015 D alam masa tujuh minggu, dua peristiwa bersejarah dan penting, yang jarang-jarang berlaku, berlangsung. Peristiwa pertama berlaku di Johor Bahru pada 23 Mac yang lalu apabila Sultan Ibrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam era moden sejak tahun 1886. Peristiwa itu dikenali
Dewan Budaya » 2015 » September
tidak menyedari peningkatan harga tersebut, kecuali pengguna tetap malt coklat itu. Pada hakikatnya, CBP menjadikan sebahagian daripada masyarakat lebih sedar terhadap hak mereka sebagai pengguna. Dahulu mereka tidak pernah atau jarang-jarang meminta resit pembelian di premis yang tidak mengeluarkannya atau yang mengeluarkannya jika diminta, tetapi kini resit itu diminta untuk diteliti. Bagi yang amat sedar, mereka akan mengira CBP yang dikenakan
Dewan Budaya » 2017 » June
Pengunjung berbual-bual sambil menantikan azan yang menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puasa. Lazimnya pengunjung kelab itu datang secara berkumpulan, baik dengan keluarga, sahabat handai mahupun rakan sepejabat. Jarang-jarang pengunjung kelab datang berseorangan. Meja makan dipenuhi sajian. Ruang kosong sukar untuk dicari. Barangkali semakin besar meja, semakin banyaklah sajiannya. Hidangan disajikan secara bufet di tempat khusus. Barangkali sajian memenuhi
Dewan Masyarakat | Serangan Norway Dedah Potensi Ekstremisme Kristian
yang menyeleweng oleh sekumpulan kecil boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang berpunca daripada Islam atau sebahagian ajaran Islam, lalu pengganas Muslim disebut sebagai terlibat dalam “terorisme Islam.” Pada masa yang sama, jarang sekali istilah “terorisme Kristian” digunakan, dan ajaran agama itu cuba untuk tidak dikait dengan tindakan ganas pengikutnya. Komentar segera dan tergesa-gesa ekoran serangan di Oslo itu juga mendedahkan pandangan

Kembali ke atas