Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrical stormribut elektrikMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu, yang jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin bertiup kencang, dan berdebu, tetapi tanpa ribut petir.
homogeneous crystallizationpenghabluran homogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghabluran pembentukan zarah baru yang tidak dipengaruhi oleh benda asing. Penghabluran ini jarang-jarang berlaku kerana cairan induk berada dalam keseimbangan metastabil yang tidak diingini akibat hablur yang terbentuk tidak stabil dan memakan masa untuk terbentuk.
ball lightningkilat bolaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilat yang berbentuk bebola api, yang ukuran diameternya antara 10 cm hingga 20 cm, tetapi jarang mencapai 1 m. Kilat ini jarang-jarang terjadi.
forked lightningkilat cabangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilat yang berbentuk bebola api, yang ukuran diameternya antara 10 cm hingga 20 cm, tetapi jarang mencapai 1 m. Kilat ini jarang-jarang terjadi.
urticariaurtikariaPerubatanTiadaTindak balas alergi pada kulit yang ditandai dengan letusan bintat-bintat merah yang terasa gatal-gatal. Letusan ini yang jarang-jarang bertahan lebih daripada dua hari, mungkin juga wujud dalam bentuk kronik. Keadaan atau bahan tertentu, seperti makanan, ubat-ubatan atau tekanan jiwa mungkin mencetuskan keadaan ini.
xeroderma pigmentosaxeroderma pigmentosaPerubatanTiadaSejenis penyakit pigmentasi yang terwaris, yang menyebabkan kulit dan mata menjadi amat sensitif terhadap cahaya sehingga membawa maut. Penyakit ini jarang-jarang berlaku dan bermula pada peringkat kanak-kanak dan seterusnya mencetuskan telangiektasis, keratosis, papiloma, karsinoma dan melanoma.
monsoon fogkabut monsunMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut adveksi yang terbentuk di kawasan pantai semasa monsun apabila udara lengas panas dibawa di atas permukaan yang lebih sejuk. Kabut ini jarang-jarang terjadi.
thunderstormribut petirMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadangkala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Arus olakan menaik yang kuat merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Arus menurun yang kuat dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir terbentuk sehingga 40 000 kaki hingga 50 000 kaki tinggi di latitud tengah dan lebih tinggi di kawasan tropika. Kestabilan stratosfera bahagian bawah mengehadkan pengembangan ribut ke atas. Keunikan ribut petir ialah kegiatan elektriknya yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh r
arcusarkusMeteorologiMeteorologi PerhubunganCiri tambahan awan yang tebal dan beralun secara mendatar dengan tepi yang bergerigi, dan terdapat di bahagian bawah sesetengah awan. Sekiranya awan ini meluas, ia menyerupai arca gelap. Arkus selalunya terdapat pada genus awan kumulonimbus dan jarang-jarang pada kumulus.
frost smokeasap ibunMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang terbentuk dalam keadaan yang sama dengan kabut stim, tetapi berlaku pada suhu yang lebih sejuk yang menyebabkan kabut ini terdiri daripada zarah ais dan bukan titis air. kabut ini merupakan sejenis kabut ais, dan jarang-jarang terjadi. Kabut ini juga disebut barber.
123456

Kembali ke atas