Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Ada satu anak Semarang,
     Pakai cukin kain jarang;
Kalau tidak tunas di batang,
     Pokok yang mana boleh dicabang?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nadir IAr jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara atmosfera, spt neon dll; kenadiran perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg ber­kenaanKamus Dewan Edisi Keempat
kenadiranperihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg ber­kenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
nadirjarang ada atau jarang terdapat. gas ~ gas (spt neon, xenon) yg jarang terdapat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nadirjarang ada atau jarang terdapat. gas ~ gas (spt neon, xenon dll) yg jarang terdapat.Kamus Pelajar
bermadumempunyai madu (bkn wanita yg suaminya mempunyai isteri lain); ada madunya: Jarang ada orang ~ yg tidak bersanggit dgn madunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mahal1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjumpa1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumpa; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
madu IIwanita lain yg juga menjadi isteri kpd suami sendiri: Siti Zubaidah telah dihina oleh ~nya, Puteri Sajarah. bermadu mempunyai madu (bkn wanita yg suaminya mempunyai isteri lain); ada madunya: Jarang ada orang ~ yg tidak bersanggit dgn madunya. memadui menjadi madu kpd (bkn wanita): Gadis itu ~ rakan karibnya sendiri. memadukan menjadikan sbg madu: Dia keberatan jika dirinya dimadukan. mempermadukan menjadikan bermadu; memberi bermadu akan isterinya (bagi suami yg beristeri lagi): Dia tidak sanggup hendak ~ isterinya yg setia itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sukar1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas