Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sad] | جسد

Definisi : sesuatu yg wujud dan dpt dipegang dan dilihat; badan; tubuh: ~ saja yg ada tetapi rohnya sudah melayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.sad] | جسد

Definisi : 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isteri­nya di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya terbujur di per­baringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jasad (kata nama)
Bersinonim dengan badan, tubuh, jisim;,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hentamanimpactKesan perlanggaran dua jasad, dengan halaju satu jasad atau kedua-duanya berubah.Menengah Atas
aerodinamikaerodynamicsKajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui bendalir (cecair, udara atau gas).Menengah Rendah
aerodinamikaerodynamicKajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui udara atau gas.Menengah Atas
jasad GolgiGolgi bodyOrganel sel eukariot, yang terdiri daripada timbunan kantung pipih bermembran. Ia berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus, dan mengangkut protein, karbohidrat dan glikoprotein.Menengah Atas
orbitorbitLaluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi.Menengah Rendah
jisimmassKuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram.Menengah Atas
prinsip ArchimedesArchimedes’ principlePrinsip yang menyatakan bahawa sesuatu jasad yang ditenggelamkan sebahagian atau sepenuhnya dalam bendalir, akan mengalami kehilangan berat yang bersamaan dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut.Menengah Atas
meteoroidmeteoroidJasad kecil yang bergerak dalam sistem suria yang akan menjadi meteor sekiranya memasuki atmosfera bumi.Menengah Rendah
meteormeteorJasad dari angkasa lepas yang masuk ke ruang atmosfera bumi. Akibat geseran dengan zarah udara, meteor menjadi sangat panas, lalu terbakar dan menghasilkan cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang.Menengah Rendah
kometcometJasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas