Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sad] | جسد

Definisi : 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isteri­nya di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya terbujur di per­baringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sad] | جسد

Definisi : sesuatu yg wujud dan dpt dipegang dan dilihat; badan; tubuh: ~ saja yg ada tetapi rohnya sudah melayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasad (kata nama)
Bersinonim dengan badan, tubuh, jisim;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah takrifan "Badan Air" dan "Jasad Air"? adakah ia sama atau tidak?Sila nyatakan konsep atau konteks  sesuatu istilah agar pihak kami dapat mencadangkan padanan yang sesuai  dan tepat. Lain-lain02.08.2022
Mak Lia menggunakan badan yang baru dibelinya untuk menjemur ikan. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "badan"Badan bermaksud tubuh atau jasad dan perkataan ini memang tidak sesuai dalam konteks ayat yang tersebut. Sila rujuk kamus dan cari perkataan lain yang sesuai dengan konteks ayat yang dibina.Tatabahasa17.03.2011
Saya ingin bertanya tentang terjemahan bahasa Melayu untuk tajuk thesis saya iaitu "Efferocytosis of oxidized low-density lipoprotein generated apoptotic bodies by primary M1 and M2 macrophages: A comparison between non-obstructive and obstructive coronary artery disease patients" "Efferositosis jasad apoptotik yang dijana lipoprotein ketumpatan rendah teroksida oleh makrofaj primer M1 dan M2: Perbandingan antara pesakit penyakit arteri koronari tidak tersumbat dan tersumbat" Mohon disemak dengan sebaiknya. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami, kami berpandangan bahawa tajuk yang telah diterjemahkan "Efferositosis apoptopik yang dijana lipoprotein ketumpatan rendah teroksida oleh makrofaj primer M1 dan M2: Pebandingan antara pesakit penyakit arteri koronari tidak tersumbat dan tersumbat" adalah betul.Lain-lain18.04.2022
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL?Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb).Makna13.08.2008
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021
soalan 1) apakah maksud "bahasa"? 2) apakah maksud "badan"? 3) apakah maksud "seni"? 4) apakah maksud "berbahasa"? 5) apakah maksud "bahasa badan"? 6) apakah maksud "seni baerbahasa"? 7) apakah maksud "bahasa badan seni berbahasa"?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Badan ialah tubuh, jasad (manusia). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna13.01.2009
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih.

a) persekolahan 
    hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

    penyekolahan
        
perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan.

b) perpisahan
hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh.

    pemisahan
hal atau perbuatan memisahkan:  Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya.

c) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

    penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

 

Tatabahasa05.03.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih.

1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal.

Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana.

Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur.

2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan.

3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah.

Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas