Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jati;

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constraintkekanganFizikMekanikHad kepada darjah kebebasan jati sesuatu sistem. Bilangan kekangan ialah perbezaan antara bilangan darjah kebebasan jati dengan bilangan sebenar darjah kebebasan.
native asfaltasfalt jatiKejuruteraanPetroleumAsfalt yang terdapat dalam bentuk semulajadi
moss fibregentian lumut jatiBiologiHistologi dan SitologiGentian saraf yang bercabang dan berselirat menyerupai lumut yang mengelilingi sel lapisan dalam korteks serebelum.
columellakolumelaBiologiHistologi dan Sitologi1. Sekumpulan sel steril yang tersusun di bahagian tengah kapsul lumut jati, lumut hati dan sporangium kulat. 2. Bahagian tengah seperti pada jidal akar, paksi koklea, rangka karang tertentu dan cangkerang gastropod. 3. Bahagian bawah septum nasal. 4. Sel menjari yang berbentuk seperti batang pada debunga atau dinding spora.
industrial forest plantationladang hutan industriPerhutananPengurusan HutanKawasan tanah yang ditanam dengan spesies hutan seperti jati dan lain-lain yang diusahakan untuk tujuan komersial.
MGRpodoPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu lembut. Nama piawai bagi kayu Podocarpus spp. daripada famili Podocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jati, kebal musang, ru bukit, dan setada, di Sabah ialah kayu cina, lampias, dan rampayan, dan di Sarawak ialah landin. Spesies utama kayu ini termasuk Podocarpus polystachyus, P. neriifolius, dan P. wallichianus. Gubal dan teras podo sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning muda atau coklat keemasan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut. Kayu ini mudah dikerjakanb dan dikeringkan, tetapi tidak tahan jiga digunakan di kawasan terdedah. Kayu podo digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, perabot mahal, dan papan lapis hiasan.
future proof generationgenerasi kalis masa depanPendidikanTiadaGenerasi yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seperti kemahiran berfikir, kekuatan rohani dan jasmani, keutuhan jati di yang mampu menghadapi masa hadapan yang banyak persaingan dan cabaran.
sempilursempilurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu lembut. Nama piawai bagi kayu Darcrydium spp., dan Phyllocladus spp. daripada famili Podocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jati padang, ru, dan ekor. Spesies utamanya termasuk Dacrydium beccarri, D. comosum, D. elatum dan Phyllocladus hypophyllus. Gubal kayu sempilur sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna perang. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 435 hingga 705 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan menghasilkan permukaan yang berkilau. Kadar kecutannya agak tinggi dan mudah dikeringkan. Ketahanan semula jadinya rendah dan mudah diserang anai-anai. Kayu sempilur sesuai untuk papan panel, dinding, venir, papan lapis, tanggaman dan perabot.
Malaysian grading rulePeraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji MalaysiaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSatu sistem penggredan khusus untuk semua kayu keras gergaji yang berasal dari Malaysia atau kawasan yang berhampiran dengannya, kecuali kayu jati. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984 adalah sistem penggredan yang mutakhir dan berkuatkuasa sehingga digantikan dengan yang lain. Sistem penggredan ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu khusus untuk spesifikasi pasaran umum dan spesifikasi pasaran khas. Peraturan yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1949 ini telah dipinda beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1960 dan 1968 dan terakhir sekali pada tahun 1984. Pindaan dan pengubahsuaian ini perlu dilakukan selaras dengan perubahan teknologi dan penggunaan kayu. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia lebih dikenali dengan singkatan Inggerisnya MGR.

Kembali ke atas