Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ti] | جاتي

Definisi : nama sj pokok yg kayunya sangat bagus utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atau­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~ laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polysta­chyus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
siang Bdnama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu).Walaupun dia mempunyai suku darah Cina, dia tidak mahu mengaku berketurunan Cina. Namanya di dalam kad pengenalan pun Ahtieng anak Ah Lasak. Keluarganya pun tidak mempunyak siang Cina lagi lantaran nenek sebelah bapanya sahaja yang berketurunan Cina sedangkan datuknya sendiri memang Dayak jati.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas