Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(192)
Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(72)

403

Troubles never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jatuh bebasfree fallGerakan suatu jasad yang dipengaruhi oleh berat (daya graviti) yang merupakan satu-satunya daya yang bertindak ke atasnya.Menengah Atas
meteormeteorSerpihan meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi. Meteor yang jatuh bergeser dengan gas-gas di atmosfera. Meteor tersebut akan terbakar dan menghasilkan garis cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. Lihat RajahSekolah Rendah
meteoritmeteoriteMeteor atau komet yang jatuh ke permukaan bumi.Menengah Rendah
meteoritmeteoriteMeteor yang tidak terbakar dan jatuh ke atas tanah membentuk kawah. Kandungannya ialah 90 peratus batu dan bakinya mengandungi nikel dan besi. Lihat RajahSekolah Rendah
tiub debungapollen tubeTiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul.Menengah Atas
pecutan gravitiacceleration due to gravityPecutan objek yang disebabkan oleh daya tarikan bumi. Ia dikenali juga sebagai pecutan jatuh bebas atau pecutan medan graviti, dan bernilai 9.8 ms-2.Menengah Atas
meteoroidmeteoroidSerpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
gerhana bulaneclipse of the moonKejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas