Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(192)
Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(72)

403

Troubles never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara.Pantun Melayu SARAWAKUmum
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan.Pantun Melayu SARAWAKBudi Rampaian
Buah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pauh jatuh bertindih-tindih, Jatuh bertindih tidak dipungut; Jauh berhayal mengutip kasih, Kasih tercicir dikutip semut.Pantun Melayu SARAWAKKasih
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas