Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.tuh] | جاتوه

Definisi : 1 turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah: Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2 menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot: Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3 bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4 menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5 tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6 kalah atau dirampas (musuh); tidak dpt dipertahankan: Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.tuh] | جاتوه

Definisi : 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, ter­sungkur, tertiarap); pandai ~ dapat meng­elakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, ber­tepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tum­bang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pang­kat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh ke­senangan (ke­kayaan dll); b) walaupun men­dapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id men­dapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (wak­tunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (di­harapkan); biar ~ terletak, jangan ~ ter­hem­pas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hu­kuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd meng­hukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut men­dapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(192)
Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(72)

403

Troubles never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drop hammertukul jatuhKejuruteraanKejuruteraan BangunanBungkah besi yang ditarik ke atas dengan menggunakan sistem angkat dan dibiarkan jatuh secara bebas ke atas kepala cerucuk untuk membenamkannya ke dalam tanah. Bagi cerucuk keluli atau cerucuk kayu, berat tukul ialah 1.5 kali berat cerucuk atau sekurang-kurangnya 0.75 ton. Berat tukul untuk konkrit ialah 0.75 kali berat cerucuk.
terminal velocityhalaju tamatanMekanikGunaanHalaju mantap yang akhirnya dicapai oleh setiap jasad yang jatuh secara bebas dalam bahantara bendalir, di bawah tindakan graviti. Jasad yang berkenaan pada mulanya memecut daripada keadaan pegun sehingga daya rintangan bendalir terhadap gerakan jasad sama dengan daya graviti. Pada ketika itu, jasad tersebut mencapai halaju tamatan dan tidak dapat jatuh dengan kadar yang lebih tinggi. Rintangan yang disebutkan tadi disebabkan kelikatan bendalir bahantara. Jasad yang jatuh dalam bahantara udara akan mencapai halaju tamatan juga.
free-fall trajectorylondaruang jatuh bebasMekanikGunaanLaluan bagi peluncur yang bergerak akibat tindakan daya graviti semata-mata.
free fall diametergaris pusat jatuh bebasKejuruteraanKejuruteraan KimiaGaris pusat atau saiz serbuk yang ditentukan secara membandingkannya dengan saiz sfera yang mempunyai halaju terminal yang serupa.
falling waterair jatuhanLandskapTiadaAir yang jatuh dari kolam tinggi ke kolam rendah seperti air terjun dan air lata yang terdapat di taman atau di dalam bangunan.
diamond dustdebu berlianMeteorologiMeteorologi PerhubunganKerpasan yang jatuh perlahan-lahan dari awan dalam keadaan langit cerah, dalam bentuk hablur ais yang sangat kecil sehingga kelihatan seolah-olah terapung di udara.
waterfallair terjunLandskapTiadaAir yang mengalir dan jatuh dari tempa! tinggi seperti bukit, gunung, bangunan dan sebagainya. Air ini mengeluarkan bunyi yang kuat apabila menghentam takungan air di bawahnya.
lightingpencahayaanFizikOptikKuantiti cahaya atau fluks berluminositi yang jatuh ke atas unit luasan suatu permukaan.
terminal velocityhalaju terminalFizikMekanikHalaju malar sesuatu jasad yang jatuh dalam bendalir apabila daya paduan ke atasnya sama dengan sifar.
radiant exposurededahan sinaranFizikOptikUkuran jumlah tenaga sinaran yang jatuh ke permukaan per unit luas. Kuantiti ini sama dengan kamiran ketumpatan fluks sinaran terhadap masa.
12345

Kembali ke atas