Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar). b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus

jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Puisi

Baju putih bukanlah kebaya,
Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
Asalnya boleh berjumpa mata.

Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

Lihat selanjutnya...(7)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » February
yang ditakuti akan terjadi. Ada tindakan yang perlu disegerakan. Bukan alasan seniman hidup dalam resah. Ada isyarat batin yang dihantar untuk diketengahkan. Begitu juga apabila Roslan Madun mementaskan teater Bahaman Jiwa Merdeka pada 15 dan 16 Disember 2014 di UiTM Jengka, Pahang. Mengapakah dipilih Dato’ Bahaman Orang Kaya Semantan, pejuang bangsa yang terbilang, sebagai tongkat cerita teaternya? Mengapakah dipilih “jiwa merdeka”? Hendak dikaitkan dengan siapa “jiwa merdeka” itu? Mengapakah beberapa rentetan perjuangan kemerdekaan negara dan kesannya dipaparkan? Mengapakah bersusah payah hendak mementaskan juga Bahaman padahal dengan lagu rakyat, Roslan sudah
Dewan Budaya » Lagu Patriotisme Memupuk Semangat Kebangsaan
sedang dinaikkan. Sehingga di mana-mana sahaja, tatkala mendengar lagu Negaraku berkumandang, secara automatik kita akan berdiri menghayati bait-bait lirik dan berasa kehangatan patriotisme mengalir ke dalam jasad dan jiwa. *** Lagu patriotik mempunyai tempatnya yang tersendiri di hati para pendengar lagu tanah air. Keindahan lirik ditambah dengan melodi yang menarik memudahkan lagi sesebuah lagu patriotik menjadi siulan. Dalam sejarah penghasilan lagu-lagu patriotik di Malaysia, penciptaan lagu-lagu patriotik yang menjadi manifestasi penulis lagu-lagu adalah untuk mencambahkan semangat kebangsaan ke dalam jiwa pendengar. Penyebaran mesej dalam lagu dilihat lebih mudah kerana pendengar boleh menghayati lirik, sekali gus menikmati lagu yang menghiburkan *** Teks ini dipetik daripada Dewan Budaya Bil.8 Posted in: Gatra
Dewan Budaya » Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta
Dewan Budaya » 2017 » April
gurauannya, serta suara dan lagu nyanyiannya terbayang di mata, terngiang-ngiang di telinga, dan sentiasa dekat dan terlekat di hati kita. Filem komedinya tetap mengundang ketawa. Filem dramanya tetap meruntun jiwa dan menitiskan air mata penontonnya sekalipun beratus-ratus kali diulang dan ditonton. P. Ramlee itu hanya satu, tiada dua dan tiada tiganya. Banyak orang yang cuba meniru gelagat gaya dan
Dewan Budaya » 2015 » April
dalam kotak dan dibungkus rapi untuk dimuatkan ke dalam stor? Tak kenal maka tak cinta, itu perumpamaan yang mudah untuk menterjemahkan perihal muzik klasik pada hari ini. Cinta lahir melalui jiwa yang benar-benar suci. Melalui jiwa yang ikhlas itu, tanpa paksaan atau gesaan, rasa cinta itu akan tertanam dengan sendiri. Begitulah hal yang sama perlu diadili sebaik-baiknya untuk muzik klasik ini. Salah dan tidak adil
Dewan Budaya » 2012 » November
Dalam hal sistem pendidikan ini, walaupun pada peringkat sekolah rendah terdapat dua jenis sistem pendidikan, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular, namun melalui sistem pendidikan nasional dibayangkan bahawa satu kesatuan jiwa, ketaatan, dan pemusatan, tumpuan terhadap kegiatan atau keperluan negara dalam kalangan rakyat boleh diwujudkan. Hal ini dilaksanakan melalui penggunaan sukatan pelajaran yang seragam, dengan matlamat akhirnya untuk “menyeragamkan” rakyat yang Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan, menjadi teras utama dalam penyatuan bangsa. Doktrin ini disampaikan dan diserapkan ke dalam jiwa murid bagi memastikan kelangsungan identiti masyarakat Malaysia terus diwarisi oleh setiap murid.Rukun Negara diperkenalkan selepas negara mengalami kegoyahan perpaduan yang serius selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun sebelum itu
Dewan Budaya » Gatra Perdana
dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta sedang dinaikkan. Sehingga di mana-mana sahaja, tatkala mendengar lagu Negaraku berkumandang, secara automatik kita akan berdiri menghayati bait-bait lirik dan berasa kehangatan patriotisme mengalir ke dalam jasad dan jiwa. *** Lagu patriotik mempunyai tempatnya yang tersendiri di hati para pendengar lagu tanah air. Keindahan lirik ditambah dengan melodi yang menarik memudahkan lagi sesebuah lagu patriotik menjadi siulan. Dalam sejarah penghasilan
Dewan Budaya » 2018 » August
sedang dinaikkan. Sehingga di mana-mana sahaja, tatkala mendengar lagu Negaraku berkumandang, secara automatik kita akan berdiri menghayati bait-bait lirik dan berasa kehangatan patriotisme mengalir ke dalam jasad dan jiwa. *** Lagu patriotik mempunyai tempatnya yang tersendiri di hati para pendengar lagu tanah air. Keindahan lirik ditambah dengan melodi yang menarik memudahkan lagi sesebuah lagu patriotik menjadi siulan. Dalam sejarah penghasilan lagu-lagu patriotik di Malaysia, penciptaan lagu-lagu patriotik yang menjadi manifestasi penulis lagu-lagu adalah untuk mencambahkan semangat kebangsaan ke dalam jiwa pendengar. Penyebaran mesej dalam lagu dilihat lebih mudah kerana pendengar boleh menghayati lirik, sekali gus menikmati lagu yang menghiburkan *** Teks ini dipetik daripada Dewan Budaya Bil.8 Posted in: Gatra
Dewan Budaya » 2013 » August
dan batang pokok yang tumbang di dasar tasik ini.Air di sini juga berwarna-warni.Ada yang kelihatan biru, dan ada yang hijau bercampur dengan kuning, sehinggakan air dianggap sebagai jiwa Jiuzhaigou. Apabila berdiri di tepi Changhai, tasik terbesar di Jiuzhaigou, air di tempat yang dekat dengan kita kelihatan berwarna hijau dan amat jernih, manakala air di tempat yang jauh kelihatan
?feed=atom
dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi.

Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam di mana-mana sahaja, tatkala mendengar lagu Negaraku
berkumandang, secara automatik kita akan berdiri menghayati
bait-bait lirik dan berasa kehangatan patriotisme mengalir ke
dalam jasad dan jiwa.

Lagu patriotik mempunyai tempatnya yang tersendiri di
hati para pendengar lagu tanah air. Keindahan lirik ditambah
dengan melodi yang menarik memudahkan lagi sesebuah
lagu
?feed=rss2
dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi.

Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam di mana-mana sahaja, tatkala mendengar lagu Negaraku
berkumandang, secara automatik kita akan berdiri menghayati
bait-bait lirik dan berasa kehangatan patriotisme mengalir ke
dalam jasad dan jiwa.

Lagu patriotik mempunyai tempatnya yang tersendiri di
hati para pendengar lagu tanah air. Keindahan lirik ditambah
dengan melodi yang menarik memudahkan lagi sesebuah
lagu
Dewan Budaya » 2012 » April
disampaikan kepada khalayak terutamanya dari aspek pendekatan dan rekaan persembahan pameran. Mutakhir ini banyak pameran di negara ini yang diuruskan oleh kuratis. Misalnya, pameran“ Towards a Mystical Reality ”, “Rupa dan Jiwa”, “Rupa Malaysia”, “Manifestasi Jiwa Islam”, “Seni dan Imejan”, dan “Seni Elektronik Pertama”. Semua pameran ini berjaya diuruskan oleh artis yang mengambil alih peranan kurator. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya April 2012. Posted
Dewan Budaya » 2015 » May
rezeki itu termasuk dalam konteks ibadah atau haram jadah?” Pemuzik cacat pelihatan mudah ditemui di kaki lima ibu kota. Namun begitu, bagaimana hendak menjiwai watak mereka? Bukannya mudah untuk menyelami jiwa mereka. Selain Wak Khalid, Rodhi Md. Noor/Rodi, Sani Sudin, Ebby Saiful Ali, dan Eman Manan memang sudah sedia rapat dengan dunia kaki lima ibu kota. Aida Othman yang membesar yang memaparkan konsep kebersamaan raja dan rakyat? Kata-kata “raja yang adil raja disembah, raja yang zalim raja disanggah” sering kali mengingatkan kita akan pentingnya seseorang sultan memahami dan mendekati jiwa dan kehidupan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-duanya saling memerlukan, seperti kata pepatah bagai isi dengan kuku. Tiada rakyat, maka raja tidak akan berupaya memerintah dan mentadbir urus
Dewan Budaya » 2012 » February
baharu untuk membuktikan minat mereka terhadap penciptaan drama moden. Penggiat teater, A. Wahab Hamzah, menjelaskan bahawa Stor Teater DBP sebagai pemangkin dramatis muda. Dramatis muda beraksi di pentas kecil dengan jiwa yang besar. Golongan amatur ini bertindak berdasarkan minat dan bukannya mendamba pulangan wang ringgit. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Februari 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Gasing Uri menyebabkan banyak penonton meniru tindakan, cara berpakaian, gaya rambut dan cara hidup yang dipaparkan menerusi filem. Hasil kajian William F. Fore memberikan pengamatan bahawa TV menyaingi gereja dalam usaha memupuk jiwa dan semangat warga dan seterusnya bangsa di AS. Dalam hal ini, TV berperanan sebagai saluran penting untuk menyatakan pandangan alam yang mencerminkan nilai dasar, asas perlakuan, makna sikap dan landasan
Dewan Budaya » 2013 » January
rasa” yang dikutip secara formal (umpamanya melalui pendidikan), ataupun secara tidak formal (umpamanya melalui pengembaraan, pembacaan, dan tontonan). Dalam konteks seni visual, pengalaman Latiff dan kembaranya membentuk rasa, rupa, dan jiwa tiga cabang seni visual yang dikuasainya, iaitu cat minyat, ukiran arca, dan goresan cetak, seperti karya-karyanya dalam siri “Pago-Pago”, “Mindscape”, dan “Langkawi.” Namun begitu, tulisan ini tidak akan
Dewan Budaya » 2015 » March
termasuklah Chetti yang sudah bertapak sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ranum senyum berbunga mesra Seakrab hati berseri indah Manis rasa menatap seri puspa Bersanggul nyonya berkebaya labuh Anggun menawan menggamit jiwa Petikan rangkap pertama dalam sajak “Permata Kota Melaka”, secara jujur, memperlihatkan keramahan dan kecantikan kaum Chetti, khususnya wanita, yang berpakaian tradisional mereka, iaitu kebaya labuh dengan dandanan sanggul nyonya, yang
Dewan Budaya » 2018 » September
dalaman dalam kalangan rakyat bagi mengatasi setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta
Dewan Budaya » 2011 » December
engkau …” Bait-bait tersebut merupakan mantera semangat menanam padi yang menjadi tradisi turun-temurun pesawah ketika tiba musim menuai padi. Mantera dan semangat padi yang terus mekar dan tersemat dalam jiwa serta kehidupan penduduk di Kertau, sehingga dianggap seperti maruah bagi penduduknya. Bagi melihat sejauh mana“harga sebuah maruah” penduduk Kertau terbela dan dijaja, novel Harga Sebuah Maruah, nukilan Azizi Haji
Dewan Budaya » 2012 » March
Dah. Teknik pencahayaan membangkitkan makna marah dan berani, sifat yang akhirnya mencipta watak Dah sebagai makhluk berdosa. Aku Manusia Berdosa merupakan frasa rintihan seorang hamba yang hina kepada Tuhannya serta jiwa manusia yang menyesali dosa lalu sekali gus mengaku kejelekan diri. Teater ini mengajak khalayak bermuhasabah diri, membuka topeng wajah, dan mengenal pasti erti pengembaraan hidup. Dipentaskan kali pertama di Johor
Dewan Budaya » 2013 » October
yang penting dalam mengungkap akal budi dan ketajaman pemikiran bangsa.Oleh hal itu, dalam mengejar arus kemodenan pupuklah dan semaikanlah semangat mencintai tradisi lisan ini dalam kalangan generasi muda. Bahasa Jiwa Bangsa -Abdul Ghani Abu *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2013. Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14 Januari 2013
Dewan Budaya » 2014 » June
Sejak itu – lebih tepat lagi 22 Jun – hingga kini, DBP bergerak sebagai salah sebuah agensi utama bagi menjayakan program pengisian kemerdekaan. Dalam prakarsa ini, tugas, peranan, dan kegiatan institusi “tenaga jiwa bangsa” itu berbeza daripada agensi lain. Bidang tugas dan peranan institusi tersebut lebih terfokus pada segi pembinaan dan penyuburan ilmu pengetahuan, di samping merangsang kecendekiaan pemikiran. DBP berfungsi sebagai badan

Kembali ke atas