Puisi
 

Kalau tuan menutuh keranji,
     Tinggalkan saya sebelah dahan;
Kalau tuan mungkir janji,
     Tinggalkan saya kain basahan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN SAYAP PEKAKAKAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja.BUDAYAKraf Tangan
PAKAIAN BASAHAN

PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam.  Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah.  Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak.

BUDAYAPakaian
SEMUTAR

SEMUTAR, sejenis kain panjang dan nipis yang dililit di kepala orang lelaki khasnya di pantai timur, Semenanjung Malaysia. Semutar menjadi penutup kepala basahan atau harian yang dipakai oleh golongan rakyat biasa yang bekerja sebagai nelayan, peladang, petani atau peniaga.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas