Puisi
 

Kalau tuan menutuh keranji,
     Tinggalkan saya sebelah dahan;
Kalau tuan mungkir janji,
     Tinggalkan saya kain basahan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menutuh keranji, Tinggalkan saya sebelah dahan; Kalau tuan mungkir janji, Tinggalkan saya kain basahan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menutuh keranji, Tinggalkan saya sebelah dahan; Kalau tuan mungkir janji, Tinggalkan saya kain basahan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau adik menutuh kepung, Tinggalkan abang sebelah dahan; Kalau adik balik ke kampung, Tinggalkan abang kain basahan.
Kurik Kundi Merah SagaKain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.

Kembali ke atas