Puisi
 

Kalau tuan menutuh keranji,
     Tinggalkan saya sebelah dahan;
Kalau tuan mungkir janji,
     Tinggalkan saya kain basahan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sama juga kain basahan sehelai, timah sesuku, kalau tak timah pergi terasa mendapat.Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain jadi basahan.Jatuh melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas