Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki.ta.ngan] | کاکيتاڠن

Definisi : pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.ki.ta.ngan] | کاکيتاڠن

Definisi : pekerja (pejabat, syarikat, dll), pembantu (yg turut melaksanakan atau me­ngurus kerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kakitangan (kata nama)
Bersinonim dengan pekerja, tenaga pekerja, tenaga manusia, staf.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya agak keliru berkenaan penggunaan perkataan staf atau kakitangan. Adakah lebih elok menggunakan perkataan kakitangan berbanding staf? Contohnya staf sokongan vs kakitangan sokongan. Kerana dari laman web dbp sendiri masih menggunakan istilah staf atau staf sokongan berbanding istilah kakitangan dan kakitangan sokongan. Mohon diberi penjelasan.Kamus Dewan menakrifkan staf ialah kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama) atau kakitangan; manakala kakitangan pula ialah pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan staf melibatkan pelbagai  jawatan dalam kumpulan kerja yang sama. Kakitangan pula dikaitkan dengan jawatan yang lebih rendah atau pembantu di sesebuah pejabat. Walau bagaimanapun takrif ini tidak selamanya tepat kerana sering kita mendengar ungkapan kakitangan kerajaan (pelbagai jenis jawatan wujud di dalamnya). Oleh itu, penggunaan kata staf dan kakitangan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa28.03.2011
Semua kakitangan syarikat itu tidak dibenarkan membuat apa-apa ___ berhubung dengan kejadian itu. 'kenyataan' atau 'pernyataan', yang manakah paling sesuai bagi ayat ini?Perkataan yang tepat ialah pernyataan.Tatabahasa16.07.2013
Sesuaikah ayat ini : Mempereratkan hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang betul ialah:

1. Mempererat hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.

2. Mengeratkan hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.09.2017
kakitangan atau kaki tanganEjaan yang betul ialah kakitangan bagi maksud staf dalam bahasa Melayu.Tatabahasa12.09.2011
Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke pasawat ATAU Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pasawatCadangan pembetulan adalah seperti yang berikut:  Mengira dan menentukan jumlah beg bersama-sama dengan kakitangan kawalan yang bertugas  sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pesawat.Tatabahasa06.04.2009
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...Klausa yang betul ialah:

1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....



2.  Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...
Tatabahasa01.10.2014
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tanganTatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan.Tatabahasa06.10.2009
setiap pekerja atau kakitangan yang baru berkhidmat di dewan bahasa dan pustaka mesti wajib mengikuti kursus yang di anjurkan untuk memantapkan perkhidmatan dan ada juga orientasi bila setiap pekerja atau kakitangan yang baru berkhidmat ? dan ada satu pertanyaan , kalau ada temuduga, ujian harus di adakan kh ?Untuk makluman tuan, kesemua pegawai dan Staf DBP perlu dan wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi DBP untuk memantapkan ilmu dan mutu perkhidmatan staf DBP. Ujian bertulis pula diadakan untuk skim-skim tertentu sahaja. Contoh: Pengambilan Perancang Bahasa S41 dan Pegawai Tadbir S41.Lain-lain26.03.2017
Asingkan ayat ini kepada subjek dan predikat. Kebanyakan pekerja perkhidmatan ialah kakitangan kerajaan. Adakah kebanyakan termasuk kategori subjek atau predikat ?Subjek - kebanyakan pekerja perkhidmatan, predikat - ialah kakitangan kerajaan. Kebanyakan termasuk dalam binaan subjek.Tatabahasa28.02.2012
Penggunaan perkataan untuk menggambarkan 'kakitangan', 'staf' atau 'personel' kerajaan pada tahun 1970. Perkataan manakah yang lebih sesuai atau ada perkataan lain yang bersesuaian? Bagaimanakah cara ejaannya pada waktu itu? Terima kasih.Perkataan yang sesuai digunakan pada masa tersebut ialah kakitangan.Ejaan07.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas