Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki.ta.ngan] | کاکيتاڠن

Definisi : pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.ki.ta.ngan] | کاکيتاڠن

Definisi : pekerja (pejabat, syarikat, dll), pembantu (yg turut melaksanakan atau me­ngurus kerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kakitangan (kata nama)
Bersinonim dengan pekerja, tenaga pekerja, tenaga manusia, staf.,


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » April
merayakan ulang tahun ke-10 DBP. Untuk menulis dan menyiapkan skrip tersebut, saya diberi cuti selama dua hari. Dengan itu, lahirlah skrip Tamu di Bukit Kenny , yang kemudiannya dipentaskan oleh kakitangan DBP melalui sebuah kumpulan yang dinamai ‘Keluarga Seni’ pada Julai 1967. Drama ini kemudiannya dipentaskan sekali lagi sewaktu peletakan bangunan tambahan DBP pada 5 April 1968.” Begitulah catatan Usman Awang proses untuk menjelmakan diri sebagai badan penerbitan yang membekalkan buku teks dalam bahasa kebangsaan ke sekolah. Teater jauh daripada matlamat DBP kerana organisasi tersebut tiada kena mengena dengan pengembangan budaya. Kakitangan DBP memberikan tumpuan terhadap tugas hakiki. Usman menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Ketua Bahagian Pengembangan Sastera. Begitu juga dengan M. Noor Azam dan Abdullah Hussain – sebagai contoh – tumpuan mereka kepada
Dewan Budaya » 2012 » March
hingga 2 Oktober 2011. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, sehingga sekarang sering memakai batik Indonesia dalam banyak acara rasmi antarabangsa. Beliau begitu cinta akan batik, sehingga bersungguh-sungguh menggalakkan kakitangan awam di negara itu memakai batik Indonesia ketika menghadiri majlis rasmi. “Pakailah baju batik Indonesia di Afrika Selatan, maka anda akan mendapat penghormatan yang luar biasa daripada warga Afrika,” kata
Dewan Budaya » 2015 » February
kita dengar daripada rakan di sekeliling rumah, bahkan ketika berada di kaunter kerajaan, ketika membayar barang di gedung beli-belah atau di mana-mana sahaja yang memerlukan kita berurusan dengan kakitangan lain. Sebelum memulakan sebarang urusan di kaunter kerajaan atau swasta, ayat pertama yang keluar daripada mulut petugas are you alright ? dan pastinya dibalas dengan ayat I am OK and how yang bertanyakan keadaan keluarga kita, sama ada sihat ataupun tidak. Kadang-kadang terfikir bahawa ketika berada di Malaysia, amat sukar untuk kita dengar ucapan sedemikian yang datang daripada juruwang atau kakitangan kerajaan dan swasta di kaunter tempat kita berurusan pada setiap hari. Sekiranya kita menghulurkan bantuan, pastinya apa-apa yang kita lakukan dibalas dengan ucapan thanks a lot and I really
Dewan Budaya » 2014 » January
Rangin, Kuantan, Pahang. Maahad yang terletak di Permatang Badak, Sungai Isap merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Banyak sukarelawan dari seluruh pelosok negara yang datang membantu. Menurut salah seorang kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan, banyak sukarelawan yang datang membantu, namun operasi pembersihan fizikal hanya dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat memandangkan banyak kawasan yang perlu dibersihkan sementelah bilangan jentera pembersihan seperti lori

Kembali ke atas