Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)

135

Squeezed between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
limbai Bj Smtarian tradisional suku kaum Bajau Sama.Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tibuku Kd, Mr, Tbsimpulan tali atau rotan yang dibuat sebagai pengganti surat menandakan tarikh hari sesuatu upacara (selalunya perkahwinan), setiap simpulan menandakan satu hari.Ketua rumah menghantar tibuku atau simpulan rotan ke kampung-kampung. Sesiapa yang menerima simpulan rotan yang memberitahu tarikh menghantar tajau mayat, akan menghantarkannya pula ke kampung lain dan seterusnya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyamai Ibwangi, aroma.Kalau dia berlakikan orang kerajaan, misalnya kalau dia mahu membeli gincu, bedak atau minyak bau nyamai, dia boleh minta duit. Tetapi kalau dia terperuk di kampung sahaja, atau berlakikan orang kampung dan hidup cara kampung, hangit celah ketiak pun tidak terbersihkan, inikan pula hendak berbedak berwangi-wangian.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
molohingon Kdketua kampung.Merah padam muka Bungkau ditempelak oleh Mamai Lumbat. Dia tidak mengerti, kenapa begitu jahilnya Molohingon Kampung itu terhadap adat resamnya sendiri.BungkauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baat Tbtiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah.Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinayoo Mr, Tbbesar.Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tugoo, *tugu* Tbsejenis alat menangkap udang berbentuk keruncut yg panjang.Tumis menghela nafas panjang. Dia kesal kerana ketua kampung cepat terpedaya dan memaksa penduduk kampung menukar nelayan tugoo kepada nelayan pukat tunda.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pitulak Bj, Slsejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala.Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut.“Pitulak”Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
goronai Tbmakhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh.Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monegolig, *monigoli* Kdsejenis tarian berunsur keagamaan dan memohon restu dari Tuhan yang bersemayam di puncak Gunung Kinabalu dan juga bertujuan untuk menghalau hantu yang mengganggu ketenteraman sesebuah kampung.Dan manakala kepala kambing berkenaan akan dibawa bersama atau dibawa berarak sambil menarikan tarian monegolig. Tujuan kepala kambing dibawa ialah untuk diserahkan kepada hantu yang menganggu ketenteraman kampung.Memuja tuhan di Gunung KinabaluGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas