Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1 kawasan perumahan di luar bandar; desa: Dia lebih suka tinggal di ~ drpd tinggal di bandar. 2 kawasan yg terletak dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Jawa; ~ Keling. ~ halaman kampung dll tempat seseorang dilahirkan. berkampung berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. perkampungan 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sosap[s.sAp]kata namaladang atau huma yang ditinggalkan.Sosap di kampong ulu dah dibuwek kolam ikan.[s.sAp di kAm.pN u.lu dAh di.bu.wE/ k.lAm i.kAn]Ladang yang ditinggalkan di kampung hulu sudah dibuat kolam ikan.
mompa[mm.pA]kata kerjamengesan penyakit dengan tangan, telur dan lain-lain.Pawang mompa ponyakete guno tolo ayam kampong.[pA.wAN mm.pA p.øA.ket.e. gu.n t.l A.jAm kAm.poN]Pawang mengesan penyakitnya, menggunakan telur ayam kampung.
rembeh[ÄEm.bEh]kata namasejenis tajak untuk menebas rumput.Orang kampong, monompah rembeh, bilo nak mulo turun ko sawah.[.ÄAN kAm.pN m.nm.pAh Äem.bEh bi.l nA/ mu.l tu.čn k.sA.wAh]Orang kampung menempah rembeh, apabila mula turun ke sawah.
hobin[h.bin]kata kerjabelasah, hentam dengan bersungguh-sungguh, pukul dengan kuat.Torok poncurik tu kono hobin dek orang kampong bilo kono tangkap.[t.Äo/ pn.tSu.Äi tu k.n h.bin de/ .ÄAN kAm.pN bi.l k.n tAN.kAp]Teruk pencuri itu kena belasah dengan orang kampung bila kena tangkap.
renceh[ÄEn.tSEh]kata kerjapotong kepala.Bobudak botompiaan lari bilo donga corito ado renceh kek kampong tu.[b.bu.dA/ b.tm.piA.An lA.Äi bi.l d.NA tS.Äi.t A.d ÄEn.tSEh kE/ kAm.poN tu]Budak-budak bertempiaran lari, bila dengar cerita, ada pemotong kepala di kampung itu.
tohangak-hangak[t.hA.NA/.hA.NA/]kata kerjatercengang-cengang.Bilo dio sampai kek pokan tu, dio tohangak-hangak macam ruso masuk kampong.[bi.l di.j sAm.pAj kE/ p.kAn tu di t.hA.NA/.hA.NA/ mA.tSAm Äu.s mA.so/ kAm.pN]Bila dia sampai di pekan itu, dia tercengang-cengang macam rusa masuk kampung.

Kembali ke atas