Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.na/.ka.na/] | کانق٢

Definisi : anak yg masih kecil (biasanya belum berumur tujuh tahun): (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.na/.ka.na/] | کانق٢

Definisi : budak lelaki atau pe­rempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun): ~ yg tidak berdosa; pantun ~; bahasa ~ bahasa anak kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kanak
Kata Terbitan : kanak-kanak, kekanak-kanakan,

Peribahasa

Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.

Bermaksud :

Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bilakah DBP mula mengeluarkan bahan sastera kanak-kanak islam di Malaysia?, apakah antara tajuk sastera kanak-kanak islam yang dikeluarkan di Malaysia sepanjang penubuhan DBP? siapakah penerbit sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah perkembangan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah munculnya penerbitan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia?

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja tidak mempunyai bahan-bahan yang saudara kehendaki kerana pihak kami tidak mengkhusus kepada sastera kanak-kanak Islam sahaja.  Boleh dikatakan semua karya yang diterbitkan mempunyai nilai-nilai Islam, sama ada dari segi nilai-nilai murni, etika dan sebagainya.  Saudara boleh mencari jawapan kepada soalan saudara dengan menghubungi Pusat Pengajian Melayu, Dewan Bahasa dan Pusataka, atau pergi ke mana-mana perpustakaan di tempat saudara.

Lain-lain28.08.2008
Bagaimana kita ingin menulis di dalam surat untuk kata nama "Hospital Pakar Kanak-kanak UKM" atau "Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM"? Adakah "Kanak-kanak" atau "Kanak-Kanak". Mohon khidmat nasihat tuan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.Ejaan08.02.2019
Apakah yang dimaksudkan dengan sastera kanak-kanak dan adakah ia berkait dengan pembentukan emosi kanak-kanak?Sastera kanak-kanak ialah satu kategori sastera yang ditulis, diterbitkan atau dipasarkan untuk bacaan kanak-kanak.  Nancy Anderson mendefinisikan 6 katogori bagi sastera kanak-kanak.  Untuk bacaan lanjut saudara boleh mendapatkannya dari Wikipedia.Lain-lain11.09.2008
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014
Penamaan Program - Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak IslamikDiploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Islam) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara IslamIstilah09.09.2013
Penggunaan istilah kata ganda yang betul, adakah Mahkamah Kanak-kanak atau Mahkamah Kanak-Kanak?Ejaan kata ganda yang betul ialah Mahkamah Kanak-kanak (huruf kedua k ialah huruf kecil kerana Kanak-kanak merupakan satu perkataan)Ejaan17.08.2017
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan DBP dalam perkembangan sastera kanak-kanak sejak sastera kanak-kanak mula diperkenalkan.Buku yang berkaitan dengan sastera kanak-kanak ialah "Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak" karya Hadijah Rahmat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2006. Sdr boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan.Lain-lain04.12.2007
Taman Kanak-kanak atau taman kanak-kanakFrasa dan ejaan yang betul ialah "taman permainan kanak-kanak".Tatabahasa14.06.2011
Hari Kanak-kanak dan Hari Kanak-Kanak Yang manakah yang betul?Jawapan yang betul ialah Hari Kanak-kanak. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Ejaan06.01.2007
12345678910...

Kembali ke atas