Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkeca­muk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincang­an dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kancah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawah: kuali

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan medan, gelanggang, lembah, arena, dunia, lubuk.,


Peribahasa

Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang,
     nuri pandai berkata.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kancah1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kancah IIpeluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
kancah revolusikeadaan revolusi yg sedang berkeca­muk;Kamus Dewan Edisi Keempat
kancah politikmedan atau gelanggang politik;Kamus Dewan Edisi Keempat
kancah I1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkeca­muk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincang­an dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kancah1. kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2. ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam.Kamus Pelajar
kawah I1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rusa Isj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pitis1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip); ~ habis, keinginan tiba prb keinginan (ke­mahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian; pitisan beberapa banyak wang (pitis).Kamus Dewan Edisi Keempat
lubuk1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas