Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkeca­muk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincang­an dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kancah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawah: kuali

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan medan, gelanggang, lembah, arena, dunia, lubuk.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud 'kancah'? terima kasih..

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
Hasbullah mula menceburi___politik sejak beliau bertugas di Sarawak tiga tahun lalu. A arena B gelanggang C medan D kancah jawaban A yang diberi oleh penerbit agak kekeliruan kerana medan=arena=kancah untuk politik, munsyi, apakah pandangan munsyi untuk ~ politik? TKBerdasarkan maksud yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, keempat-empat perkataan, iaitu medan, gelanggang, medan dan kancah boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. Oleh itu, kami berpendapat soalan tersebut sepatutnya memberikan pilihan jawapan yang lain.Makna10.04.2012
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih.
Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini.  Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu.

Penerangan:
Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut:
Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tatabahasa31.12.2017
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH.

Saudara,

Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon.

i. Kamus Dewan Edisi Keempat 

 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~;

ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan

1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam.

Makna07.09.2009

Kembali ke atas