Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cah] | کنچه

Definisi : 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkeca­muk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincang­an dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kancah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawah: kuali

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan medan, gelanggang, lembah, arena, dunia, lubuk.,


Peribahasa

Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang,
     nuri pandai berkata.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arms controlkawalan senjataSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan bagi mengekang pemilikan, penyebaran dan keupayaan ketenteraan sesebuah negara. Kawalan senjata juga merangkumi sebarang bentuk tindakan yang boleh mendorong sesebuah negara mengendalikan persenjataan secara terbatas ketika menghadapi krisis. Keperluan kepada dasar kawalan senjata dalam hubungan antarabangsa adalah berasaskan andaian bahawa persaingan persenjataan merupakan satu fenomena yang akan berterusan dan berkekalan dalam kancah politik dunia. Oleh itu, dasar ini merupakan satu bentuk tindakan pemaksaan secara positif. Perspektif ideologi ahli teori politik antarabangsa menegaskan terdapat perbezaan antara kawalan senjata dengan dasar pelucutan senjata. Pihak yang memperjuangkan pelucutan senjata berpegang kepada prinsip dunia tanpa persenjataan, manakala pihak yang memperjuangkan kawalan senjata menekankan prinsip pembangunan persenjataan yang terkawal.
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.

Kembali ke atas