Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.er.ti] | سأرتي

Definisi : kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.er.ti] | سأرتي

Definisi : kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.er.ti] | سأرتي

Definisi : kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : kata seerti

Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013
Pandangannya kurang jelas kerana dia tidak memakai kaca mata. Kata seerti bagi perkataan jelas ialah A. cerah B. jernih C. terang D. tajam

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar dan jaleh. Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudara penggunaan terang adalah yang paling tepat.

Pandangannya kurang terang kerana dia tidak memakai kaca mata.

Makna22.10.2012
Slm, berikan saya contoh kata seerti penahanan"" Dan "pertahanan"..?penahanan seerti dengan pengekangan, pertahanan seerti dengan pembelaan. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk lebih lanjut.Makna18.02.2013
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol".Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat.Makna15.05.2017
Salam... Apakah kata ganti nama yang paling sesuai untuk perkataan Islami. Ini kerana beberapa atikel menggunakan perkataan tersebut ada dituliskan namun tiada kata seerti tersenarai di dalam sistem DBP. Adakah wajar perkataan ini terus digunakan jika belum diwartakan dalam daftar kata bahasa melayu. Sekian, terima kasih.Perkataan Islami tidak terdapat dalam Kamus Dewan atau mana-mana sumber terbitan DBP. Mohon saudara nyatakan dalam artikel mana atau bagaimana penggunaan perkataan ini dalam artikel yang saudara baca bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.Istilah27.06.2010
Saya sedang membuat kajian tentang sinonim. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah perbezaan antara perkataan semua dan segala. Saya berharap agar DBP dapat membantu saya dalam masalah ini. Terima kasih.Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, atau kata seerti (Kamus Dewan Edisi Keempat). Makna semua ialah segenap, setiap, seluruh selain maknanya segala. Manakala segala juga ada bermaksud semua selain bermakna seluruh, segenap dan serba.Makna06.08.2007
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'?

Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu.

Tatabahasa16.04.2008
Salam 1Malaysia, 1. Apakah maksud 'kasus'? 2. Fungsi 'tesaurus' berbanding dengan kamus? 3. Tarikh kematian Pak Asraf Abdul Wahab dan Za'ba, bila? Terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kasus (bahasa Indonesia) ialah keadaan (perkara, persoalan dan sebagainya) yang sebenarnya atau yang tertentu (khusus), keadaan (kejadian dan sebagainya)yang khusus yang ada kaitannya dengan seseorang atau sesuatu, kes. Tesaurus ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olehan tertentu. Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun menurut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Tarikh kematian Zainal abidin Ahmad (Za'ba) ialah 23 Oktober 1973.
Makna12.03.2012
Tuan Munsyi, adakah kata "jitu" seerti kata "betul"? Jadi, adakah kata "betul" dapat diganti dengan kata "jitu" dalam ayat ini: 1. Dia menjawab soalan itu dengan betulnya. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitunya.Maksud "jitu" ialah "paling tepat". Kedua-dua ayat di atas adalah betul, tetapi perkataan "nya" perlu dibuang, iaitu  1. Dia menjawab soalan itu dengan betul. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitu.Tatabahasa05.05.2015
BOLEH SAUDARA/SAUDARI JELASKAN DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG: 1. POLESEMI DAN HOMONIMI BAHASA MELAYU: PERKAITAN MAKNA YANG SERING MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA. 2. SINONIM BAHASA MELAYU : PERKAITAN ANTONIM DALAM BAHASA MELAYU: PENELITIAN TERHADAP KATA KERJA, KATA NAMA DAN KATA ADJEKTIF. 3. SINONIM BAHASA MELAYU: PERBANDINGAN ANTARA DIALEK DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DENGAN MENFOKUS KEPADA KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF. SEKIAN, TERIMA KASIH.POLISEMI: Satu kata yang mempunyai makna lebih dari satu.
HOMONIM: Dua kata yang bentuk penulisan dan pengucapannya sama  tetapi ertinya berbeza.                  
SINONIM: (Lin) kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti;

ANTONIM: (Lin) kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis tinggi lwn rendah.

Persoalan yang dikemukakan memerlukan kajian yang lanjut. Sila rujuk sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan yang berdekatan.

Lain-lain28.03.2009
SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIHMétodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum.Makna15.08.2007
Saufi Subri TUE 8:19PM Salam, betulkah perkataan "maklumat" telah dimansuhkan dan diganti dengan perkataan "informasi"?Tidak ada pemansuhan kata maklumat atau kata-kata lain. Kata informasi sebagai pilihan kepada khalayak sama ada hendak menggunakan kata maklumat atau yang seerti dengannya.Istilah02.08.2016
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini?Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar.Tatabahasa18.08.2014
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
salam tuan, perlukah perkataan lama/kuno digunakan kembali umpamanya rancu, sedangkan perkataan itu jarang digunakan lagi dalam kalangan masyarakat.

Kata lama atau kuno dilabelkan sebagai 'ark' dalam Kamus Dewan. Kata rancu tidak dilabelkan sebagai 'ark', kata ini hanya jarang digunakan kerana kita lebih biasa menggunakan kata yang seerti dengan kata rancu, iaitu tidak teratur, campur aduk atau kacau. Tidak menjadi kesalahan untuk kita menggunakan kata lama asalkan bersesuaian maksud dengan konteks penggunaannya.

Tatabahasa03.10.2011
1. Berlari sambil makan 2. Makan sambil berlari. Tuan, berdasarkan dua ayat di sebelah, adakah kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan? Atau dua ayat itu seerti?Untuk makluman puan,sambil merupakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungjab dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 251 untuk lebih lanjut.


Contoh frasa yang diberikan tidak gramatis kerana masyarakat kita tidak mengamalkan amalan berlari sambil makan atau makan sambil berlari.
Tatabahasa24.02.2015
Salamualaikum.. saya ada 2 soalan, pertama, apakah fungsi kata apitan 'ber'? contohnya; saya bermain bola sepak. apakah penerangan sebaiknya untuk diterangkan dan seerti dalam bahasa inggeris. untuk lebih memahami soalan saya ini. saya lanjutkan dengan contoh lain seperti' saya sedang bermain bola sepak'. penggunaan sedang menunjukkan 'masa sekarang@kini' dan seerti dalam bahasa inggeris adalah present tense. soalan kedua ialah apakah buku yang sesuai terdapat di pasaran untuk digunakan sebagai rujukan bagi pelajar antarabangsa untuk mempelajari bahasa melayu. sekian terima kasihAwalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa26.11.2012
mohon penjelasan penggunaan kata KEMAS yang betul. 1. Soraya memegang tangan adiknya dengan KEMAS semasa mereka hendak melintas jalan. 2. Encik Omar menyemak hasil laporan itu dengan KEMAS sebelum menghantarnya kepada Tan Sri Hashim.Perkataan "kemas" adalah bersinonim atau seerti dengan "rapi, terurus, teratur, tersusun, dll.". Perkataan "kemas " juga bersinonim dengan "kuat, teguh, erat, kukuh,bersih, segar, selesai, dll."Tatabahasa19.05.2015
Tuan, boleh tolong jelaskan apa perbezaan rangkai kata bilamana dan bila mana? Adakah bila mana wujud dalam bahasa melayu? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, bilamana bermaksud apabila, apakala, ketika. Dalam urusan rasmi, penggunaan bilamana tidak digalakkan dan hendaklah menggunakan perkataan seerti seperti apabila, apakala dan ketika.Tatabahasa02.12.2013
Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan tergelincir? TKNoryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang.

Perkataan yang seerti dengan tergelincir ialah tergelongsor, terpeleset dan tersendorong. Saudara boleh layari prpm.dbp.gov.my untuk membantu carian kata dan makna.
Tatabahasa24.04.2013
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016
Apakah maksud sebenar perkataan -kemudahan awam, kemudahan sosial, kemudahan kemasyarakatan, prasarana dan infrastruktur? Apakah perbezaan perkataan -kemudahan awam, kemudahan sosial dan kemudahan kemasyarakatan?Secara asasnya frasa kemudahan awam, kemudahan sosial, kemudahan kemasyarakatan, prasarana dan infrastruktur tergolong dalam kata sinonim yakni mempunyai maksud yang seerti. DBP tidak mempunyai sumber khusus yang membezakan makna antara kelima-lima fMakna29.08.2002
Pada Kamus Dewan dicatatkan mandi seerti bermandi. Contoh ayat pada Kamus dewan ialah "badannya mandi peluh". Kenapakah ayat begini "setiap hari, ayah mandi peluh di ladang." adalah salah?Penggunaan yang lebih gramatis ialah bermandi peluh. Untuk makluman tuan, kamus merakam makna sesuatu perkataan. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan bagi penggunaan tatabahasa yang betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 165 menunjukkan aspek makna awalan beR-. iaitu pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu makna yang terkanduang dalam kata dasar.Tatabahasa03.09.2016
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Tatabahasa26.04.2010
Soalan 1 Minta pandangan tentang ayat arahan berikut: a. Baca tentang pekerjaan yang ingin dilakukan oleh Hana dan rakan-rakannya. Soalan 2 minta tolong semak penggunaan 'atau' Perkataan seerti bagi 'happy' ialah gembira atau riang. atau kita boleh juga letak seperti gembira/riang. Terima kasih.
1. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan sepertti bacakan dan jelaskan. Sila kenal pasti ayat tersebut sama ada menyuruh pembaca membaca atau menjelaskan tentang pekerjaan tersebut. 
2. Kata atau digunakan apabila menyatakan perkara yang menjadi pilihan seperti A atau B. Apabila menulis ayat seelok-eloknya menggunakan perkataan yang sempurna, ...riang atau gembira. 

Tatabahasa30.04.2014
Assalamualaikum WBT, Bagaimanakah untuk mengeja ungkapan seperti "yeah" yang seerti dengan "yahoo" (dalam bahasa Inggeris) dalam bahasa Melayu? Adakah yei sebagaimana "hey" dalam bahasa Inggeris menjadi hei dalam bahasa Melayu? "Yeah" di sini ialah ungkapan apabila teruja memperoleh sesuatu dan seumpamanya, dan digunakan dalam dialog atau buku kartun kanak-kanak. Sekian, terima kasih.Contoh ungkapan yang dinyatakan ialah kata seruan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Ungkapan yeah ialah bahasa percakapan bagi perkataan ya, manakala ungkapan lain seperti yahoo dan yei ialah kata seru bagi menggambarkan perasaan gembira. Dalam bahasa Melayu ungkapan bagi menzahirkan perasaan gembira kata seru hore digunakan.Istilah01.06.2012
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Salam. Antara dua perkataan ini "dalam kalangan" dan "di kalangan" yang manakah tepat untuk digunakan dalam merujuk sesuatu golongan. Hal ini kerana dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, di bawah perkataan "kalang"(-kalangan), terdapat contoh ayat yang menggunakan perkataan "di kalangan". Manakala di bawah perkataan "dalam" ada dinyatakan perkataan seerti bagi perkataan "dalam" iaitu "di kalangan".(rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4). Mohon penjelasan dalam hal ini. Sekian.

Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Tatabahasa07.09.2011

Kembali ke atas