Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : kaum

Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lumingok, *lumingo* Mrsejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya.Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menanranpoh Kd Ltpakaian tradisional suku kaum Lotud.Lebih kurang pada jam dua petang, mereka mula menarikan tarian Sumayau. Penari-penarinya terdiri daripada kaum lelaki dan kaum wanita yang memakai pakaian tradisional yang disebut "Menanrapoh".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sulu baiduri Mr Tdsejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Tarian hadiah untuk pengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gambang I Ky, MBrsejenis tarian yang diiringi oleh alat muzik seperti xilofon.Dahulu para penari yang terlibat untuk menarikan Tarian Gambang ini ialah terdiri dari kaum wanita sahaja dan kaum lelaki hanya sebagai penonton, tetapi sekarang ini, untuk lebih menyerikan dan dianggap sebagai tarian pergaulan keterlibatan kaum lelaki amat dikehendaki.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansayau Mrsejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin.Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mogsorakan Tbadat pinangan suku kaum Sungai yang tidak boleh ditolak oleh kaum perempuan kecuali hantaran dikembalikan dengan satu kali ganda.Seminggu kemudian, Toksin datang dan mogsorakan kepada Mondoi, anak gadis Ambuyat. Perkahwinan sudah pun ditetapkan harinya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
limbai Bj Smtarian tradisional suku kaum Bajau Sama.Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tring Irbuluh atau bambu.Suku kaum IIlanun ini mengistilah “Tring” sebagai buluh atau bambu dan perkataan tring ini adalah bahasa kaum ini sendiri, jadi Kulintangan Tring ialah kulintangan yang diperbuat dari buluh.Bakokong dimain untuk hilang penatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linapon Mrkerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas.Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magunatip Kdsejenis tarian yang popular di kalangan suku kaum Dusun Gana. Ia ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari (lelaki & perempuan) yang memakai pakaian tradisi. Tarian ini adalah suatu upacara rasmi semasa majlis makan malam orang kenamaan bagi suku kaum tersebut.Bingung pada irama muzik yang kurang mantap yang sedang dimainkan. Bingung pada pemain alat-alat muzik `magunatip' yang tidak bersefahaman.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678910...

Kembali ke atas