Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : kaum

Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Majalah

Dewan Masyarakat | 2011 | Mei
Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berhadapan dengan cabaran kepimpinan yang amat besar. Meskipun perpaduan kaum telah dapat dipupuk demi mencapai kemerdekaan dengan tolak ansur orang Melayu yang tidak terkira, peredaran masa membawa bersama perubahan pemikiran dan semangat. Share Sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam
Dewan Masyarakat | 2014 | Januari
Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berhadapan dengan cabaran kepimpinan yang amat besar. Meskipun perpaduan kaum telah dapat dipupuk demi mencapai kemerdekaan dengan tolak ansur orang Melayu yang tidak terkira, peredaran masa membawa bersama perubahan pemikiran dan semangat. Share Turut “diraikan” pada Ogos lalu ialah ulang
Dewan Masyarakat | 2012 | Julai
pengedaran dadah bukan sahaja mencalarkan imej negara, tetapi juga usaha menyelamatkan dan membantu mereka turut membabitkan perbelanjaan wang rakyat yang bukan sedikit. Share Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut. Share Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kanser menjadi penyumbang utama kepada kadar kematian
Dewan Masyarakat | 2012 | Januari
berdepan pengalaman pahit yang sama. Share Pembangunan berdasarkan Prinsip 3K merupakan pembangunan yang benar kerana berdasarkan hukum Allah yang menjadi teras ajaran Islam. Dalam Islam, keadilan tidak didasarkan atas pertimbangan kaum atau darjat seseorang, tetapi berdasarkan kepentingan ummah. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun sejak penubuhannya, UPNM semakin berani mengorak langkah mendepani cabaran
Dewan Masyarakat | 2013 | Mac
tertentu dalam kehidupan mereka yang terdedah dengan masalah depresi, misalnya semasa perubahan hormon ketika haid serta beberapa tahun sebelum dan ketika menopos. Share Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama lapan
Dewan Masyarakat | 2015 | Jun
besar yang dipikul, iaitu untuk menghasilkan Intellectual Leaders of Character yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara. Share “Menghormati” Gunung Kinabalu Nota Editor Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut. Share DM Hiburan DM dalam talian Share Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan
?feed=rss2
Jun 2015 07:18:12 +0000 <dc:creator> admin <category> Nota Editor <guid> <isPermaLink> false <guid> http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=3381 <description> Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut. <wfw:commentRss> http://dwnmasyarakat.dbp.my/?feed=rss2&p=3381 <slash:comments> 0
Dewan Masyarakat
amanah besar yang dipikul, iaitu untuk menghasilkan Intellectual Leaders of Character yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara. “Menghormati” Gunung Kinabalu Nota Editor Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut. DM Hiburan DM dalam talian Wira di Dasar Laut Isu Utama Ternyata hutan

Kembali ke atas