Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wah] | کاوه

Definisi : 1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wah] | کاوه

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (herba), jang­gut rimau, Polygonum dichotomum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wah] | کاوه

Definisi : 1 kuali besar tempat memasak nasi dll. 2 mulut gunung berapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kuali besar: kancah

2. Bersinonim dengan mulut gunung berapi: lubang kepundan.


Peribahasa

Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang,
     nuri pandai berkata.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWAH DEBU

Kawah Debu merujuk kepada siri angin

pemusnah dan ribut debu yang melanda Amerika

Syarikat pada tahun 1930-an. Ribut ini merupakan

antara malapetaka yang paling buruk dalam sejarah

dunia.

UMUM 
PICHINCHA

Pichincha gunung berapi yang mempunyai

kawah berkembar setinggi 4784 meter di

Pergunungan Andes di bahagian tengah-utara

Ecuador (lihat Ecuador [peta] ).

UMUM 
PONTA DELGADA

Ponta Delgada (pend. 21 813) ialah bandar dan

pelabuhan utama Azores Portugis. Kawah gunung

berapi, taman, dan tasiknya membuatkan Ponta

Delgada menarik. Industri penapisan gula bit

merupakan industri yang terpenting di kota ini.

Ponta Delgada terletak di Pulau São Miguel.

Lihat juga Azores.

UMUM 
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
LAVA

Lava, leburan batuan dari perut bumi yang dimuntahkan keluar melalui kawah gunung berapi pada suhu tinggi – antara 850°C hingga 1250°C.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas