Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wah] | کاوه

Definisi : 1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wah] | کاوه

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (herba), jang­gut rimau, Polygonum dichotomum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wah] | کاوه

Definisi : 1 kuali besar tempat memasak nasi dll. 2 mulut gunung berapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawah (kata nama)
1. Bersinonim dengan kuali besar: kancah

2. Bersinonim dengan mulut gunung berapi: lubang kepundan.


Peribahasa

Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang,
     nuri pandai berkata.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kawah kuali minta tudungi, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali kami ampuni, Jangan saja sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Besarlah kawah orang mengukus, Pinggan kecil baranya besar; Besarlah tuah orang nan kurus, Badan kecil seleranya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas