Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dap] | کدڤ

Definisi : 1 sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2 tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. pengedap alat yg digunakan supaya air (gas dsb) tidak dpt masuk atau tembus. ~ bunyi alat yg digunakan utk melindungi telinga drpd bunyi yg kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.dap] | کدڤ

Definisi : Kd pokok padi yg telah dituai, diikat dan dikumpulkan utk dibanting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dap] | کدڤ

Definisi : 1. sangat rapat (bkn anyaman, tenun­an, dll); 2. tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dll): ~ air; ~ cahaya; ~ gas (udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kedap (adjektif)
Bersinonim dengan kalis, sangat rapat, tertutup rapat, padat, tidak renggang, tidak masuk udara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SIDE SEALKEDAP SISIIstilah22.12.2010
Bagaiman untuk menterjemahkan istilah "air tight"?Padanan istilah "air tight" ialah kedap udara.Istilah06.04.2011
Salam, benarkah ayat ini " Adik sedang melipat selendang yang jarang itu." Dalam konteks ini, apakah makna "jarang"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna "jarang" dalam ayat "Adik sedang melipat selendang yang jarang itu" ialah tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll).Makna02.04.2013
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah inggeris berikut, "resealable plastic bag"? Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk resealable plastic bag. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk resealable plastic bag ialah beg plastic boleh tutup semula.Istilah20.09.2012
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut?Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Tuan, Ayat berikut adalah benar atau salah: 1. Dia jarang lewat pergi ke sekolahnya. 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolahnya. Apakah perbezaan antara jarang dengan jarang-jarang? Terima kasih. Ms OngSalam sejahtera,

Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.

Berdasarkan maksud tersebut, ayat 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolah.
Lain-lain26.09.2016
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih.

Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. 

Tatabahasa07.03.2010
Apakah terjemahan bagi istilah 'seal washer'? (kategori: kejuruteraan)Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk seal washer. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk seal washer ialah sesendal penutup.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Menurut Kamus Dewan, "jarang" atau "jarang-jarang" boleh membawa maksud "tidak selalu". Oleh itu, mengapa ayat ini salah? Dia jarang pergi ke masjid. Jawapan yang diberi dalam buku latihan ialah jarang-jarang.

Salam sejahtera,

Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.

Jadi jawapan yang betul ialah 'Dia jarang-jarang pergi ke masjid'

Tatabahasa09.11.2012
12

Kembali ke atas