Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ji] | کجي

Definisi : tidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina: perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ji] | کجي

Definisi : sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (meman­dang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburuk­an, kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memaki-makimengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mulut kotorsuka mengeluarkan kata yg keji-keji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
makikata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll): mereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yg tidak berperikemanusiaan; ~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji; mencaci (mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll); memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya; makian kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
carutperkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul; ~-capai = ~-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki; mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah; mempercaruti memaki-maki orang dgn perkataan yg keji; carutan (perkataan, kata-kata) yg keji dan kotor, (kata-kata) yg cabul: penyair menjauhkan kata-kata ~ yg kasar; pencarut 1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut.Kamus Dewan Edisi Keempat
nista1 kata-kata yg bertujuan menghina dsb; cercaan; makian: Segala macam ~ dan umpat dihamburkan kpd pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yg keji. 3 rasa malu; aib. menista memberi malu; mengaibkan; mencela: Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun jangan dinista dgn kata-kata yg keji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mulut1 rongga atau lubang tempat gigi dan lidah; ruang tempat mengunyah makanan. 2 sesuatu yg rupanya spt mulut 1: ~ tempayan; ~ belanga. 3 percakapan: banyak ~ banyak bercakap; cerewet. ~ becok banyak bercakap dan membuat bising. ~ bedil lubang laras bedil. ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. ~ kotor suka mengeluarkan kata yg keji-keji. ~ murai orang yg sangat suka bercakap. ~ tempayan tidak dpt menyimpan rahsia. bermulut mempunyai mulut; berlubang spt mulut. ~ besar sombong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
carutperkataan yg keji lagi kotor. ~-capai, = ~-marut pelbagai perkataan yg keji lagi kotor. mencarut menuturkan kata-kata yg keji dan kotor. pencarut orang yg suka mencarut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
carutperkataan yg keji lagi kotor. ~ - capai, = ~ - marut pelbagai perkataan yg keji lagi kotor. mencarut menuturkan kata-kata yg keji dan kotor. pencarut orang yg suka mencarut.Kamus Pelajar
kejitidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina: perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas