Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ji] | کجي

Definisi : tidak sopan atau tidak manis (bkn kelakuan, perkataan dll); sangat buruk; hina: perbuatan yg ~; perkataan yg ~. mengeji menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. kekejian keadaan atau sifat keji; keburukan; kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ji] | کجي

Definisi : sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (meman­dang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburuk­an, kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fahishmelampaui batasan/kejiPerniagaan IslamTiadaLihat ghabn fahish.
darar fahishkemudaratan melampaui batas/kemudaratan kejiPerniagaan IslamTiadaKerosakan yang berlaku pada produk atau bangunan pada tahap kritikal sehingga menyebabkan produk atau bangunan itu tidak boleh digunakan langsung. Contohnya, barangan seperti komputer yang pecah atau dinding yang roboh dan membahayakan penghuni.
invectivecaci makiKesusasteraanTiadaKata-kata keji yang diucapkan kerana marah dan sebagainya.
proverpembuktiKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk menentukan atau menyemak keji tuan meter pengukuran yang digunakan dalam bidang petroleum.
lampoonlampunKesusasteraanTiadaTulisan atau rencana yang mencela, memperbodoh-bodohkan seseorang dengan kata-kata kesat, keji, dalam bentuk prosa atau puisi.
hamartiahamartiaKesusasteraanTiadaKesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�.

Kembali ke atas