Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.lah] | کله

Definisi : /kélah/; berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah (di pantai dll): Minggu lalu kami sekeluarga telah pergi ~ di Taman Templer. perkelahan perihal berkelah; piknik: Persatuan itu akan mengadakan satu ~ yg besar di Pulau Pangkor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ké.lah] | کله

Definisi : (kélah); berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai­ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu; perkelahan perihal berkelah, piknik: adat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yg terbesar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.lah] | کله

Definisi : IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan; mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pe­ngaduan, menuduh, mendakwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.lah] | کله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Tor spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelah
Kata Terbitan : mengelah, berkelah, perkelahan,

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam admin...nak tanya soalan, contoh ayat... Saya BERKELAH di pantai Morib. Soalan saya, apakah perkataan BERKELAH kata dasarnya adalah KELAH? Ada orang kata bukan, sebab hujahnya perkataan KELAH tidak boleh berdiri dengan sendiri di dalam ayat dan memerlukan imbuhan untuk membawa maksud. Contoh; Ahmad KELAH di pantai. (salah) Persoalan saya, apakah kata dasar itu memerlukan sokongan untuk membentuk maksud yg sesuai apabila berada dlm ayat, maka barulah ia dikatakan kata dasar? Mohon pencerahan. BUMYAMIN BIN MD RAZI Guuru Bahasa Malaysia Tahun 1 SIRAJ AL-Alusi, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur. TEL: 0103654050Ayat yang betul "Ahmad berkelah di pantai", perkataan berkelah terbit daripada akar kata "kelah".Tatabahasa31.10.2016

Kembali ke atas