Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) adalah sebuah badan jaminan kualiti pendidikan tinggi tunggal di Malaysia. Terdapat nama-nama kursus pengajian yang dikemukakan IPT, agak unik dan belum digunakan dalam sektor pendidikan. Bagi memastikan penentuan nama kursus pengajian tepat, kami ingin mendapatkan pandangan pihak tuan tentang penggunaan perkataan 'opticianary'. Benarkah terjemahan perkataan ini dalam Bahasa Malaysia 'keoptikan'? Bolehkah perkataan tersebut dieja 'opticianari' jika diterjemah secara terus kepada Bahasa Malaysia? Pihak MQA berharap mendapat nasihat dan pandangan pihak DBP terhadap perkara ini. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu bagi "opticianry" ialah optisianri (bidang perubatan)Istilah14.07.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon pencerahan tuan untuk menyemak ayat berikut yang mana lebih sesuai digunakan:- a)semakan mendapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan atau b)semakan didapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakanAyat yang lebih sesuai dicadangkan, "Hasil daripada semakan, didapati pegawai telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan.Tatabahasa26.04.2018
salam 1Malaysia. saya Lydia Chung ingin bertanya tentang kesesuaian penggunaan perkataan graduasi dalam bahasa Melayu. saya sedang mereka/membuat borang maklumat individu. pada bahagian kelayakan akademik, saya menghadapi kesulitan untuk menulis ***tarikh graduasi*** Contoh: Kelayakan Akademik : Tarikh Graduasi: sesuai tidak penggunaan graduasi dalam ayat ini. sekian terima kasih.Untuk makluman tuan, perkataan graduasi tidak terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan pengijazahan bagi menggantikan graduasi, iaitu tarikh pengijazahan.Ejaan14.11.2013
Saya ingin bertanya berkenaan syarat kemasukan untuk pelajar antarabangsa, antara yang dinyatakan ialah kelayakan setaraf dengan STPM (dengan status taraf pendidikan diluar negara) termasuk "pass in Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka)". Apakah yang dimaksudkan dengan setaraf dengan lulus subjek Bahasa Melayu (DBP) ini? Bagaimana dan dimana untuk memperolehi maklumat tentang kelayakan ini? Terima kasih.Sila semak peraturan ini dengan penganjur yang meletakkan syarat berkenaan. Jika Dewan Bahasa sebagai penganjur, sila semak dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di talian 03-21479000.Lain-lain16.03.2015
SALAM...MINTA STATUS KELAYAKAN UNTUK BILLBOARD YANG AKAN DI IKLANKAN TIDAK LAMA LAGI. SILA RUJUK PADA FILE YANG SAYA LAMPIRKAN.TERIMA KASIHUntuk pengesahan iklan dalam bahasa Melayu, puan hendaklah klik pada domain Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila lampirkan iklan setelah pendafratan dibuat dan maklum balas diberikan melalui e-mel yang didaftarkan.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2014
Assalamualaikum. Tuan, agensi kami iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dipertanggungjawabkan menyediakan standard (panduan) untuk kursus pengajian yang dikendalikan di IPT. Dalam penulisan standard ini, terdapat perkataan daripada bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan iaitu formal, informal dan nonformal. Bagi tujuan terjemahan kepada bahasa Malaysia, adakah boleh pihak MQA menggunakan terus perkataan tersebut atau perlu juga diterjemahkan dengan sempurna kepada bahasa Malaysia? Pihak kami mohon pandangan pihak DBP dalam perkara ini. Terima kasih.

Saudara Norafizah,

Untuk makluman saudara adalah lebih baik perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa perkataan tersebut boleh diterjemahkan dan terdapat padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu rasmi, tidak rasmi dan bukan rasmi. 

Lain-lain11.08.2009
history dest finance credentiallatar belakang pembiayaan hutang kelayakanIstilah07.03.2012
Jika saya ingin memohon pekerjaan di cawangan DBP KL , apakah kelayakan utama yang diperlukan ?

Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP. Untuk makluman sdr, semua jawatan kosong (sekiranya ada) akan disiarkan di laman web DBP dan juga akan diiklankan melalui akhbar utama. Semua butiran/syarat yang diperlukan termasuklah tarikh tutup permohonan dinyatakan dengan jelas di dalam iklan tersebut. Sila rujuk laman web DBP atau iklan yang disiarkan dari masa ke masa. Seperkara lagi, dimaklumkan juga bahawa sdr boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa untuk sebarang jawatan di DBP dan sekiranya ada kekosongan jawatan, permohonan sdr akan dipertimbangkan. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan diterima oleh DBP.sila hubungi unit pengambilan, bahagian pengurusan personel (up. Pn Fairuz)

Lain-lain01.03.2009
1. Bolehkah istilah 'Master Trainer' digunakan secara terus sebagai nama khas kepada sesuatu kelayakan khusus. 2. Apakah perkataan paling sesuai diberikan kepada perkataan 'trainer', jika ia merujuk kepada tenaga pengajar kepada seorang jurulatih.Istilah Master Trainer belum ada dalam sumber rujukan kami. Dalam bidang pendidikan terdapat istilah master teacher dan diterjemahkan kepada guru ahli/guru utama. Oleh itu, kami mencadangkan padanan istilah Master Trainer dalam bahasa Melayu ialah Jurulatih Utama.Istilah16.11.2011
Amirul Muhammad SUN 16:36 Amirul Muhammad Muhammad Assalamualaikum..boleh saya tahu apakah syarat2 kelayakan bagi jawatan kosong pembantu operasi?Wassalam, Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
123456

Kembali ke atas