Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemudi%3B


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan bawa kemudi, Kemudi dibawa di tepi pantai; Kalau kenang kurang budi, Sirih layu lekat di tangkai.
Kurik Kundi Merah SagaPatah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.
Kurik Kundi Merah SagaPatah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.
Kurik Kundi Merah SagaPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.
Kurik Kundi Merah SagaJurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang.
Kurik Kundi Merah SagaAjong landai kemudi landai, Landai mari terhirit duri; Adik pandai saya pun pandai, Jangan pula meninggi diri.
Kurik Kundi Merah SagaKapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan.
Kurik Kundi Merah SagaTetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang.
Kurik Kundi Merah SagaPenat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik.
1234

Kembali ke atas