Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemudi;

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Skid Steer Loader Attachments 2.Skid Steer Multipurpose Bucket 3.Skid Steer Loader Moldboards 4.All Wheel Drive Skid Steer 5.Radial Lift Skid Steer 6.Skid Steer Loader Trenching Machines Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Skid Steer Loader Attachments – Alat Tambah Pemuat Kemudi Kelincir

 2.Skid Steer Multipurpose Bucket – Timba Multifungsi Kemudi Kelincir 

3.Skid Steer Loader Moldboards – Bajak Sepak Pemuat Kemudi Kelincir 

4.All Wheel Drive Skid Steer – Kemudi Kelincir  Pacuan Semua Roda 

5.Radial Lift Skid Steer – Kemudi Kelincir Angkat Radial 

6.Skid Steer Loader Trenching Machines – Mesin Pemaritan Pemuat Kemudi Kelincir

Istilah30.05.2016
Salam sejahtera, Adakah "Steering Relief Pressure" sesuai diterjemahkan kepada "Tekanan Pelega Pengemudi" atau "Tekanan Bantuan Pengemudi"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih."Steering Relief Pressure" sesuai dipadankan dengan Tekanan Bantu Kemudi.Istilah11.06.2019
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012

Kembali ke atas