Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rang.ka] | کرڠک

Definisi : 1 rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2 garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.rang.ka] | کرڠک

Definisi : 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn peng­guna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangka­nya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka-rangka: tulang-tulang, rongkong,

2. Bersinonim dengan draf: rangka, konsep, lakaran, garis kasar,

Kata Terbitan : terkerangka,


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » December
kejayaan Mercy ini sudah pasti dimangkinkan oleh budaya kerja berpasukan yang teratur dan terancang. Sikap baik hati rakyat Malaysia bukan sahaja dibuktikan oleh Mercy Malaysia melalui kata-kata, tetapi juga kerangka kerja yang sistematik dalam menjalankan misi kemanusiaannya. Kalau tidak, masakan Mercy mendapat pengiktirafan APIM 2013. Pengiktirafan ini membawa mesej bahawa budaya berinovasi bukan sahaja disemai dalam institusi atau agensi kerajaan kejayaan Mercy ini sudah pasti dimangkinkan oleh budaya kerja berpasukan yang teratur dan terancang. Sikap baik hati rakyat Malaysia bukan sahaja dibuktikan oleh Mercy Malaysia melalui kata-kata, tetapi juga kerangka kerja yang sistematik dalam menjalankan misi kemanusiaannya. Kalau tidak, masakan Mercy mendapat pengiktirafan APIM 2013. Pengiktirafan ini membawa mesej bahawa budaya berinovasi bukan sahaja disemai dalam institusi atau agensi kerajaan
Dewan Budaya » 2015 » July
Malaysia yang majoritinya Islam dan Melayu serta bumiputera meskipun etnik bukan Melayu menyifatkannya sebagai usaha asimilasi dan percubaan untuk menghakis budaya etnik lain. Kementerian terbabit menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam kerangka dasar budaya yang difahami mengikut takrif autoriti, iaitu dasar formal dari atas ke bawah. Dengan itu, diharapkan agar dasar berkenaan dapat dicambah dan disebarluaskan kepada pelbagai peringkat masyarakat, tidak kira bertambah buruk lagi apabila gelombang globalisasi semakin hebat. Politik bahasa dan budaya kadangkala begitu hangat sehingga menimbulkan konflik tajam. Dalam tempoh beberapa abad itu, kerajaan turut memperlihatkan perubahan dari segi kerangka pemikirannya apabila aspek budaya digandingkan dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada dekad 1980-an, sebelum mengalami perubahan lagi pada dekad seterusnya. Skop liputan budaya tidak lagi sekadar terbatas pada
Dewan Budaya » 2014 » July
amat mendalam untuk memahami alam semesta melalui pendekatan ilmu bersepadu sebagai ceritera berkesinambungan (yakni, uni-verse) – bagi manusia dan alamnya (luar dan luar). Rangkaian ilmu inilah yang kian luntur dalam kerangka ilmu moden dengan adanya kelompangan ilmu 1000 tahun lamanya. Kini keadaannya amat berbeza sekali. Istilah universe itu sendiri dahulunya menggambarkan kesatuan ilmu melalui “satu kisah atau riwayat” – secara literal: uni
Dewan Budaya » 2014 » June
itu. Perkara ini ada kena-mengenanya dengan beberapa penemuan baharu yang mendorong perkembangan ilmu melalui hal yang dikenal sebagai “kaedah/pemikiran saintifik.” Pada tahun 1700-an, kaedah ini menjadi teras kerangka zaman kesedaran (age of enlightenment) apabila akal pemikiran saintifik diletakkan pada peringkat paling tinggi, merintis teori baharu dalam usaha mengenali alam semesta dengan lebih dekat. Artikel ini dipetik dari majalah

Kembali ke atas