Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet­-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkali­kali atau berulang-ulang; mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya ber­laku sesuatu, keseringan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : ; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : Kd mengipas: dia ~ nenek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sikit? contohnya skala 5 - Amat kerap....4 - kerap kali ...3 - Kadang-kadang ...2 - Jarang-jarang ...1 - tidak pernah. Betul ke 'Amat Kerap' merupakan kekerapan yang banyak...'Kerap Kali' merupakan kekerapan yang kurang dari 'Amat Kerap'? terima kasih

1. Ya betul. Skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sedikit.
2. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 
Oleh itu, kenyataan bahawa "Amat Kerap" merujuk kepada kekerapan yang banyak adalah betul, dan kenyataan "Kerap Kali" merujuk kepada kekerapan yang kurang daripada "Amat Kerap" adalah betul.

Lain-lain20.02.2014
Kerap kali saya mencari konkordans melalui carian online ini, tidak keluar sebarang data pun.Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk disiasat.  Terima kasih.Lain-lain28.12.2008
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan?

1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan.

2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali.

Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran.

Istilah13.02.2014
Saya sedang menjalankan kajian untuk tesis saya. Terdapat beberapa perkataan yang agak mengelirukan untuk saya gunakan dalam kajian saya seperti 1. kepimpinan atau kepemimpinan, 2. kerap kali atau kerap bagi perkataan 'frequently', Saya dinasihatkan merujuk kepada DBP untuk mendapat kepastian. Oleh itu, bagaimana saya boleh mendapat maklumat tersebut?1.Ejaan yang betul ialah kepimpinan.
2. Dalam data kami, frequently diterjemahkan kepada "kerap". Penggunaan perkataan "kali" juga boleh digunakan bergandingan dengan perkataan "kerap" mengikut kesesuaian konteks ayat.
Tatabahasa07.11.2013
walaupun kerap ke laut, ayah dan abang berasa----- ketika perahu mereka berolang-oleng dipukul ombak A resah B gerunDalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Lain-lain24.06.2015
Kami kerap ke perpustakaan untuk membaca buku-buku. Betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
Saya kerap menjumpai perkataan 'proficiency' dan 'ability' digunakan dalam membayangkan maksud keupayaan / kecekapan / kemahiran / kebolehan / kemampuan dalam buku rujukan Bahasa Inggeris. Cth: Students' proficiency / ability in answering questions. Soalan. Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk saya gunakan dalam penulisan berkaitan perkataan 'ability'? Bagaimana jika saya menggunakan perkataan 'abiliti' dalam penulisan Bahasa Melayu untuk menggantikan perkataan 'ability' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih di atas maklum balas yang akan diberikan.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "proficiency" ialah kecekapan atau kemahiran. Istilah bahasa Melayu untuk "ability" pula ialah kebolehan atau kemampuan. Perkataan "abiliti" tidak boleh digunakan kerana tidak diterima sebagai padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk "ability".Istilah03.04.2014
Jabatan kerap menerima permohonan daripada pemaju untuk menggunakan perkataan 'Residensi' dalam urusan penamaan nama taman/bangunan. Adakah perkataan ini boleh/sesuai digunakan bagi pembangunan berstrata atau bukan berstrata. Sebagi contoh, 'Tunas Residensi' yang berasaskan kepada nama syarikat/pemaju.Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency".Lain-lain11.06.2013
Kita kerap melihat ramai pihak yang menggunakan perkataan 'tentatif' dalam buku atur cara majlis. Adakah penggunaan perkataan 'tentatif' itu tepat ?Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Makna08.12.2009
12345678910...

Kembali ke atas