Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet­-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkali­kali atau berulang-ulang; mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya ber­laku sesuatu, keseringan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : ; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : Kd mengipas: dia ~ nenek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bukan Kerap LagiHasidah DisanUtusan Zaman22.11.1987
Bukan Kerap LagiHasidah DisanUtuan Zaman08.11.1987
Adnan kerap main wau di sawah muncul johan kebangsaan-Utusan Malaysia11.11.1991
Puisi stensilan kerap muncul karya plagiatRoslan SiditBerita Minggu27.01.1985
Hari Sastera kerap diadakan di musim hujan?Norhisham MustafaBerita Minggu05.05.1985
Perihal manusia kerap ulangi kesilapan samaKhalid SallehBerita Harian (Persada Seni)20.07.2004
Harry Potter paling kerap dibaca semulaTiadaKosmo10.11.2007
Kenapa bahasa Melayu kerap meleret-leretBaharum SallehBerita Harian25.03.1996
Kenapa penerbit kita kerap ke FrankfurtA. F. YassinUtusan Malaysia27.10.1998
Apabila teater terlalu kerap dipentaskanSiti Rohayah AttanUtusan Zaman25.10.1998
123

Kembali ke atas