Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rap] | کرڤ

Definisi : 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet­-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkali­kali atau berulang-ulang; mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya ber­laku sesuatu, keseringan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : ; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap] | کرڤ

Definisi : Kd mengipas: dia ~ nenek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prevailing windangin lazimMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang paling kerap dicerap pada arah dan tempoh tertentu. Tempoh yang paling kerap digunakan ialah hari, bulan, musim, dan tahun. Kaedah penentuan yang digunakan adalah daripada pengiraan mudah cerapan bertempoh kepada pengiraan rajah mawar angin. Juga disebut arah angin lazim.
prevailing wind directionarah angin lazimSainsHidrometeorologiArah angin yang paling kerap dicerap dalam tempoh tertentu. Tempoh yang paling kerap digunakan ialah hari, bulan, musim dan tahun. Kaedah penentuan yang digunakan adalah daripada pengiraan mudah cerapan bertempoh kepada pengiraan rajah mawar angin.
memory decayingatan merosotPsikologiPsikologi UmumIngatan yang beransur-ansur menjadi lemah sekiranya tidak digunakan dengan kerap. Contohnya, nombor telefon yang tidak digunakan dengan kerap akan beransur-ansur luput daripada ingatan. Sinonim ingatan susut.
hypervitaminosishipervitaminosisPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku akibat daripada pengambilan vitamin secara berlebihan sama ada secara akut atau kronik. Hipervitaminosis melibatkan vitamin A dan D lebih kerap berlaku berbanding dengan vitamin yang lain. Walau bagaimanapun, kekurangan vitamin lebih kerap berlaku berbanding dengan berlebihan vitamin. Gejala masalah ini bergantung kepada jenis vitamin yang berlebihan. Sebagai contoh, Vitamin D yang berlebihan akan menyebabkan keletihan, kencing dan minum banyak serta peningkatan paras kalsium. Masalah ini boleh dirawat dengan mengurangkan atau berhenti mengambil vitamin berkenaan.
high-level tappingtorehan kerapPertanianTiadaTiada
Frequently Asked QuestionsSoalan Kerap DitanyaTeknologi MaklumatTiadaSoalan-soalan dan jawapan yang diletakkan dalam satu fail pada perkhidmatan dalam talian.
reduced frequency tappingtorehan kurang kerapPertanianTiadaTiada
frequently asked questions (FAQ)soalan kerap tanya (FAQ)Teknologi MaklumatTiadaDokumen yang mengandungi senarai soalan yang lazim ditanya diikuti dengan jawapan, khususnya tentang sesuatu topik. Senarai ini diterbitkan dalam talian atau diposkan kepada ahli senarai e-mel.
frequently asked question (FAQ)soalan kerap tanya (SKT)KomunikasiKorporatJenis soalan yang biasa ditanya oleh orang awam mengenai sesuatu perkara atau keadaan. Jawapan kepada sesuatu soalan itu boleh dijangka dan disediakan lebih awal untuk memudahkan proses pembelajaran dan penyebaran maklumat secara berstruktur. Jangkaan jawapan boleh dibuat berdasarkan pendekatan 5W/1H dan pengalaman pihak organisasi semasa berhadapan dengan isu-isu yang dipersoalkan pada masa sebelumnya. Jangkaan jawapan ini boleh diterbitkan dan disebarkan kepada pengguna yang memerlukannya. Contohnya, penerbitan risalah perubatan mengenai kesan merokok. Contoh lain ialah penyebaran maklumat organisasi yang dilakukan dalam laman web. Kaedah ini boleh membantu khalayak mendapat maklumat secara langsung dan bersesuaian dengan keperluan khalayak.
common word drilllatih tubi perkataan kerapPentadbiran PerniagaanTiadaLatihan tubi untuk perkataan yang sering digunakan.
12345678910...

Kembali ke atas