Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tat] | کتت

Definisi : 1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn per­kataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawal­an, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berba­gai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikat­an tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetat­kan; pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tat] | کتت

Definisi : 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketat (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan sendat, sempit, kecil, sepan,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan kuat, kukuh, tegang, terik, tegap, kejap,
Berantonim dengan longgar

3. Dalam konteks peraturan
bersinonim dengan keras, tegas,
Berantonim dengan longgar

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan teliti, rapi,
Berantonim dengan longgar

Kata Terbitan : mengetatkan, memperketat, keketatan, pengetatan, pengetat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketatJawapan yang sesuai ialah C dan D.Tatabahasa03.11.2015
adakah ayat ini betul? paip ditutup dengan erat-erat atau paip ditutup dengan ketat-ketat? terima kasih..Ayat yang betul ialah paip ditutup dengan dengan ketat.Tatabahasa03.04.2010
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit.Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua.Tatabahasa25.07.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih.Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat.Tatabahasa30.06.2008
Ingin bertanya tentang jawapan yang sesuai mengikut konteks ayat seperti berikut Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja______mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. A. menjolok B. mencolok C. mencucuk b) Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan tersebut?Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja mencolok mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. Untuk melihat perbezaan penggunaan setiap perkataan yang diberi sila rujuk kamus dan memilih makna yang paling sesuai dengan ayat tersebut.Tatabahasa01.09.2008
Minta Tanya, adakah kesalahan tatabahasa? 1) Reka cipta adalah satu proses yang boleh...... 2) ... dikawal ketat oleh polis marine. 3) Pelbagai iktibar dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar. 4) Cara mengguna pisau adalah dengan memegang... Terima kasih!1. Reka cipta ialah satu proses yang boleh...
2. ...dikawal ketat oleh polis marin.
3. Penggunaan perkataan "iktibar" tidak sesuai; boleh diganti dengan perkataan yang lain seperti "langkah", "cara" dan lain-lain.
4. Cara menggunakan pisau adalah dengan memegang..
Tatabahasa18.03.2013
prudent strigent claims controlhemat kawalan tuntutan ketatLain-lain26.03.2007
apakah maksud LUWES ?Makna luwes ialah tidak terlalu ketat,mudah disesuaikan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 970. Makna30.01.2008
Bolehkan 'skinny jeans' diterjemahkan menjadi 'jean langsing'?Kami mencadangkan "skinny jeans" diterjemahkan sebagai "jean ketat". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
12

Kembali ke atas