Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tat] | کتت

Definisi : 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tat] | کتت

Definisi : 1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn per­kataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawal­an, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berba­gai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikat­an tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetat­kan; pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ketat (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan sendat, sempit, kecil, sepan,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan kuat, kukuh, tegang, terik, tegap, kejap,
Berantonim dengan longgar

3. Dalam konteks peraturan
bersinonim dengan keras, tegas,
Berantonim dengan longgar

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan teliti, rapi,
Berantonim dengan longgar

Kata Terbitan : mengetatkan, memperketat, keketatan, pengetatan, pengetat,

Peribahasa

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tightly3. securely, ketat-ketat, rapat-rapat: screw the lid ~, tutup tudung itu ketat-ketat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tightly2. firmly, erat-erat, ketat-ketat: they held each other ~, mereka berpelukan erat-erat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capvt 1. put a lid on, menutup: to ~ a bottle tightly, menutup botol ketat-ketat; 2. form a cap over, melitupi: the snow ~ped the mountain top, salji melitupi puncak gunung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regimentvt (derog), (usu pass.) didisiplinkan secara ketat; (attrib) berdisiplin ketat: the undergraduates were ~ed into groups for fieldwork, siswazah-siswazah itu telah didisiplinkan secara ketat ke dlm kumpulan utk kerja lapangan; a ~ed workforce, tenaga kerja berdisiplin ketat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tight3. closely held, fastened, etc, ketat: a ~ knot, simpulan yg ketat; the cork is so ~ I can’t get it out, gabus itu ketat sangat, saya tdk dapat mencabutnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tightadj 1. closely fitting, ketat, sempit: she was wearing a ~ dress, dia memakai baju yg ketat; she finds the new shoes too ~, dia mendapati kasut baru itu terlalu ketat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sticky 5. tight, tending to jam, ketat: he put some oil on the ~ door hinge, dia menyapukan minyak sedikit pd engsel pintu yg ketat itu; the gears of the lorry are too ~ and heavy for me, gear lori itu terlalu ketat dan berat bagi saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laxadj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a person’s, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laxadj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a person’s, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tightly4. strictly, (dgn) ketat: a ~ controlled society, masyarakat yg dikawal ketat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas