Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(74)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAVE THE CHILDREN

Save the Children , pertubuhan bebas, bukan

mencari keuntungan, yang berusaha membantu

kanak-kanak dengan cara memajukan komuniti di

tempat kanak-kanak itu tinggal. Ia menaja program

ini di 42 buah negara. Projek Save the Children

meliputi program pemakanan dan kesihatan,

pembinaan rumah, jalan, sekolah, dan sistem

bekalan air. Organisasi ini diasaskan pada tahun

1932. Ibu pejabatnya terletak di Connecticut,

Amerika Syarikat.

UMUM 
KAPITALISME

Kapitalisme ialah sistem ekonomi politik

berasaskan harta dan keuntungan persendirian.

UMUM 
PERSATUAN PERDAGANGAN

Persatuan perdagangan ialah sebuah

organisasi yang bukan bermatlamatkan

keuntungan dan mewakili sekumpulan firma

perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai

kesatuan masing-masing secara sukarela dan

menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di

dalam sebuah kesatuan perdagangan akan

bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat

yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian.

UMUM 
PERLADANGAN POKOK

Perladangan pokok. Ladang pokok ialah

kawasan milik persendirian yang digunakan

untuk menanam pokok bagi mendapatkan

keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya

daripada dua hektar hingga kepada 400 000

hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara

menganjurkan program ladang pokok di

peringkat negara.

UMUM 
YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA)

Young Men’s Christian Association

(YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah

pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang

terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh

25 juta ahli dari lebih 90 buah negara.

UMUM 
AUDIT

Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun

kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan)

yang tidak terlibat dalam penyediaannya. Akaun ini

boleh jadi akaun organisasi awam, swasta, atau

organisasi bukan mencari keuntungan. Tujuan

audit adalah untuk memastikan akaun organisasi

memberi gambaran yang sebenar dan tepat

tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian

yang penting dalam perakaunan .

UMUM 
OATES, JOYCE CARO L

Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang

Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel

dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan

memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.

Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar

ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.

Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia

boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki

karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik

bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang

masyarakat moden adalah tepat.

UMUM 
MODAL

Modal adalah istilah ekonomi bermaksud

kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan

untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan

adalah modal, kerana digunakan untuk

menambah kekayaan menerusi faedah atau

dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi

tidak dikira sebagai modal kerana bukan

dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang

digunakan dalam perniagaan adalah modal,

kerana ia digunakan untuk mendapatkan

keuntungan. Barang-barang peribadi seperti

makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai

harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini

tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis

modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja.

UMUM 
SIMPAN KIRA

Simpan kira ialah proses sistematik untuk

menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus

niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi

lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi

dan individu menggunakan simpan kira kerana ia

memberi maklumat yang teratur dan tepat

tentang urus niaga kewangan. Ia memberi

gambaran tentang kedudukan kewangan, dan

merekod perubahan keuntungan atau kerugian

yang berlaku.

UMUM 
AL-BAI BITHAMAN AJIL

Al-Bai Bithaman Ajil ialah jualan dengan harga tangguh termasuk keuntungan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
12

Kembali ke atas