Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(74)

170

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Kaedah yang menganggarkan pelaburan modal berdasarkan kos pelaburan per unit kapasiti darab kadar keluaran tahunan. (KEJ) cost-benefit analysis (analisis kos-faedah) Penilaian kos suatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan yang didapati daripada perusahaan berkenaan. Jika nisbah kos-faedah kecil, bermakna perusahaan tersebut menguntungkan. Kadangkala nilai kos sukar untuk diberi nilai kuantitatif dan mungkin mengakibatkan ralat yang serius bagi analisis

Kembali ke atas