Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

170

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
International Non-Government Organization (INGO))Organisasi Bukan Kerajaan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi yang merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Organisasi ini terdiri daripada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Contoh pertubuhan yang berasaskan keuntungan ialah Perbadanan Multinasional (MNC) seperti General Motors, Shell dan British Petroleum, manakala pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan ialah Gereja Roman Katolik dan Amnesti Antarabangsa. MNC merupakan aktor yang penting dalam sistem antarabangsa kerana keupayaannya mempengaruhi dasar luar negara asalnya serta negara tuan rumah yang dijadikan tempat operasi perniagaannya. Sumbangan MNC kepada negara tuan rumah adalah daripada segi pembentukan modal, kemahiran teknologi dan pengurusan, pembangunan dan imbangan bayaran. Perkara yang menjadi kebimbangan pihak negara tuan rumah ialah dominasi perindustrian, pergantungan kepada teknologi dan gangguan kepada perancangan ekonomi negara oleh pihak MNC. Sinonim INGO.
profit functionfungsi keuntunganKejuruteraanKejuruteraan KimiaNama model ekonomi yang mengoptimumkan keuntungan sesuatu proses.
capitalized cost profitability conceptkonsep keuntungan kos dimodalkanKejuruteraanKejuruteraan KimiaJumlah wang yang diperlukan untuk modal awal bagi membeli peralatan utama dan pokok untuk menghasilkan faedah terkumpul bagi membolehkan peralatan dapat diganti dari masa ke masa.
trade-out syndicationsindiket pawahanKomunikasiKorporatKaedah penyiaran rancangan televisyen atau radio yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak, iaitu pengiklan dan stesen penyiaran. Melalui kaedah ini, pengiklan akan menawarkan rancangan televisyen atau radio yang dibiayai sepenuhnya oleh sesebuah syarikat atau organisasi yang dipersetujui oleh stesen penyiaran. Semasa penyiaran rancangan tersebut, syarikat yang membiayai penerbitan rancangan itu boleh menguasai sepenuhnya masa siaran dengan meletakkan iklan barangan atau perkhidmatan di ruang siaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Stesen penyiaran akan mendapat faedah melalui penawaran rancangan secara percuma. Selain itu, pihak syarikat diberi kebebasan untuk menghasilkan rancangan .mengikut keperluan penyiaran yang dijangka boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Contohnya, penerbitan siri drama yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat pengeluar minyak kelapa sawit. Syarikat pengeluar boleh menghasilkan drama yang menggunakan lokasi penggambaran di ladang kelapa sawit dengan tema kehidupan
interestfaedahMatematikTiadaKeuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank.
salvage valuenilai salvajKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeuntungan daripada jualan peralatan terpakai setelah ditolak kos jualan, pemindahan, dan servis semula.
scrap valuenilai sekerapKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeuntungan daripada jualan peralatan lama yang tidak boleh dijual sebagai satu unit tetapi diceraikan kepada komponen yang masih baik untuk digunakan sebagai bahan gantian.
Lagrange multiplierpendarab LagrangeKejuruteraanKejuruteraan KimiaPendarab yang menandakan perubahan keuntungan dengan parameter pengoperasian sistem.
helpingmenolongPsikologiPsikologi UmumTingkah laku prososial yang biasanya mempunyai niat untuk memberi keuntungan kepada orang lain. Konsep yang berkaitan dengan tingkah laku menolong ialah altruisme, iaitu keprihatinan tanpa syarat seseorang terhadap kebajikan orang lain. Terdapat tiga teori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku menolong. Pertama, model kelegaan daripada perasaan negatif. Contohnya, individu yang telah menolong orang lain akan merasa lega daripada perasaan negatif atau yang tidak menyelesakan. Kedua, model empati-altruisme yang menyatakan bahawa sesetengah orang menolong secara ikhlas walaupun dirinya dalam keadaan tertekan atau bermasalah, dan yang ketiga ialah teori sosiobiologi yang menyatakan individu secara semula jadi mempunyai kecenderungan untuk menolong.
economic marginmargin ekonomiPerhutananPengurusan HutanTahap nilai harga jualan bertambah tetapi kadar keuntungan berkurang.
1234

Kembali ke atas