Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan mak­lumat pd cakera atau pita bermagnet, meng­analisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepa­dukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disam­bungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan 1. menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melak­sanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. mem­proses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komputer


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Komputer tablet bakal meletupMohd. Taufek Mohd SaedDewan Kosmik1 March 2007
Komputer Jalan RayaZahidi Zainol RashidDewan Pelajar1 August 1979
Komputer BaruChong Ah FokBAHANA1 October 2008
Komputer Riba Ternipis di DuniaTiadaDewan Masyarakat1 April 2008
Komputer BaharuAidil KhalidNur1 April 2008
Komputer asas cabaran masa depanAmiruddin Mohd. AkhirDewan Siswa1 November 1992
Komputer membantu penguasaan bahasaYahaya OthmanDewan Bahasa1 April 2005
Komputer dalam pendidikan bahasa bahagian 1Mohd. Tajudin Abdul RahmanPelita Bahasa1 July 1997
Komputer dalam pendidikan bahasa bahagian akhirMohd. Tajudin Abdul RahmanPelita Bahasa1 August 1997
Komputer dan budaya berfikirMohammad HaronDewan Budaya1 December 1988
12345678910...

Kembali ke atas