Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan mak­lumat pd cakera atau pita bermagnet, meng­analisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepa­dukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disam­bungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan 1. menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melak­sanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. mem­proses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komputer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah rasmi bagi komputer 'netbook' dan komputer 'ultrabook' dalam Bahasa Malaysia?Apakah istilah rasmi bagi komputer 'netbook' dan komputer 'ultrabook' dalam Bahasa Malaysia?
'Dalam istilah komputer, 'komputer netbook' ialah komputer buku  manakala 'ultrabook' pula ialah 'komputer ultrabuku'.
Istilah25.04.2013
MOHON PANDANGAN DARI PIHAK TUAN, PENGGUNAAN BAHASA BERIKUT YANG MANA SESUAI BAGI DILETAKAN DI PAPAN IKLAN KEDAI KOMPUTER. 1. PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER 2. PUSAT SERVIS KOMPUTER 3. PENYELENGARAAN KOMPUTER 4. PENJUAL BARANGAN DAN AKSESORI KOMPUTER 5. MENJUAL BARANGAN DAN PERALATAN KOMPUTER 6. MENJUAL PERKAKASAN KOMPUTER 7. PENJUAL KOMPUTER 8. MENJUAL KOMPUTERPenggunaan bahasa Melayu yang betul bergantung pada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sekiranya kedai tersebut menjual komputer dan tidak ada perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai ialah KEDAI KOMPUTER atau PENJUAL KOMPUTER. Sekiranya kedai tersebut hanya menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai digunakan ialah  PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER atau PUSAT SERVIS KOMPUTER.
Lain-lain13.10.2015
MINI KOMPUTER ATAU KOMPUTER MINI DAN SEBAB MINI SKIRT DAN SEBAB

KOMPUTER MINI yang betul bukan MINI KOMPUTER. Kita panggil BAS MINI bukan MINI BAS sebab ini pola Inggeris sama dengan MINI SKIRT. Yang betul ialah SKIRT MINI.

Tatabahasa18.05.2009
Salam sejahtera tuan. Komputer riba itu mahal. Komputer riba itu dihadiahkan oleh ayah. Komputer riba itu telah rosak. Adakah ayat majmuk saya betul? Komputer riba yang mahal dan dihadiahkan oleh ayah itu telah rosak.Ayat majmuk tersebut betul. Selain itu, ayat ini juga boleh digunakan Komputer riba mahal yang dihadiahkan oleh ayah itu telah rosak.Tatabahasa07.11.2021
komputer mini atau mini komputerMengikut Hukum D-M,iaitu yang diterangkan dan yang menerangkan, yang betul ialah komputer mini.Tatabahasa28.07.2007
Minta bantuan perkataan jawi berikut : 1) GEDUNG KOMPUTER 2) KEDAI KOMPUTER 3) RUMAH TAMU 4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG 5) KEDAI GUNTING RAMBUT Terima Kasih .Minta bantuan perkataan jawi berikut :
1) GEDUNG KOMPUTER - ݢدوڠ کومڤوتر
2) KEDAI KOMPUTER - کداي کومڤوتر
3) RUMAH TAMU - رومه تامو
4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG - رومه ڤنجاݢاءن ايبو برڤانتڠ
5) KEDAI GUNTING RAMBUT -  کداي ݢونتيڠ رامبوت
Ejaan23.11.2019
Saya ingin tahu, apakah padanan bahasa Melayu bagi perkataan "deprecate" (istilah komputer)? Dalam bidang komputer, perkataan bahasa Inggeris "deprecate" bermaksud "tidak menggalakkan penggunaan sesetengah istilah, ciri-ciri, atau amalan di dalam suatu suasana pembangunan komputer, selalunya kerana ianya telah digantikan dengan yang baharu ataupun kerana ianya dianggap sudah tidak efisien atau tidak selamat untuk digunakan – tetapi istilah, ciri-ciri atau amalan tersebut tidak dibuang sepenuhnya, tidak dilarang penggunaannya, dan penggunaannya tidak salah justeru tidak boleh dikutuk atau dikecam." contohnya seperti, 1) Unsur di dalam bahasa tandaan hiperteks (HTML) telah "deprecate" setelah wujudnya lembaran gaya lata (CSS). (Bahasa Inggeris: The element was DEPRECATED in the hypertexts markup language HTML after the existance of Cascading StyleSheet CSS.) 2) Pengenalan modul cifs di dalam inti Linux telah meng-"deprecate" modul smbfs. (Bahasa Inggeris: The introduction of cifs module in Linux kernel has DEPRECATED the smbfs module.) 3) Fungsi piawai gets() di dalam bahasa pengaturcaraan C adalah "deprecate" kerana ia boleh menyebabkan limpah atas penimbal terhadap atur cara yang menggunakan fungsi tersebut. (Bahasa Inggeris: The standard function gets() in C programming language is a DEPRECATE since it could cause a buffer overflow to the programs using the function.) Kesemua contoh di atas menunjukkan sesuatu yang "deprecate" masih boleh dTiada maklumat berkaitan kata deprecate dalam bidang komputer dalam pangkalan data DBP. Daripada konteks penggunaan yang diberikan, kami mencadangkan padanan ‘isih’ atau ‘pengisihan’ sekiranya bersesuaian dengan maksud yang anda utarakan. Kami akan memajukan pertanyaan istilah ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan keputusannya akan dimaklumkan kepada anda.Makna14.12.2017
Jika menjual komputer, mesin pencetak, aksesori pencetak, aksesori komputer, laptop, smartphone, tablet dan lain2 yang berkaitan dengan peralatan it adakah sesuai jika hanya menggunakan istilah "peralatan komputer dan elektronik" di dalam SSM.Ayat "peralatan komputer dan elektronik" boleh merujuk barang berkenaan.Tatabahasa17.09.2017
Assalamualaikum, Saya telah mengunjungi http://prpm.dbp.gov.my/ dan mencuba untuk mendapatkan maksud komputer dan tulisan jawi untuk komputer. Apa yang mengecewakan, komputer ditulis sebagai " کروسي" dengan sebutan "[ke.ru.si]". Mohon dibetulkan,Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami telah memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berwenang untuk diambil tindakan segera.Lain-lain09.01.2018
Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. Ayat Pasif yang betul ialah: (a) Jenny telah dihadiahi Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (b) Jenny telah dihadiahkan Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (c) Jenny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya. Yang mana paling tepat? Mengapa?Ayat aktif - Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya.
Ayat pasif yang betul - Janny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya.

Untuk makluman, ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa11.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas