Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan mak­lumat pd cakera atau pita bermagnet, meng­analisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepa­dukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disam­bungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan 1. menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melak­sanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. mem­proses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komputer


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bahasa ini dicipta oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada penghujung dekad 1970-an dan diberi nama Ada sempena nama Ada Agusta Lovelace, orang yang dianggap oleh kebanyakan penyelidik komputer sebagai pengatur cara pertama. (KOM) aculeate Ada Kamus Sains.indb 17 7/8/08 11:45:21 AM 18 adamantoblast (adamantoblas) Lihat ameloblast . (BIO) adaptive design (reka MAT) addition item (butiran tambah) Butiran baharu yang ditambah pada fail yang sedia ada. (KOM) addition table (jadual penambahan) Jadual sifir yang mengandungi hasil jumlah dua nombor. Jadual ini digunakan oleh atur cara komputer untuk mencari hasil jumlah dua nombor melalui pene - adamantoblast addition table Kamus Sains.indb 18 7/8/08 11:45:21 AM 19 litian pemetaan jadual berbanding

Kembali ke atas