Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan mak­lumat pd cakera atau pita bermagnet, meng­analisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepa­dukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disam­bungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan 1. menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melak­sanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. mem­proses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komputer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hybrid computerkomputer hibridTeknologi MaklumatTiadaKomputer gabungan daripada komputer analog dan komputer digital. Lihat komputer analog dan komputer digital.
network computer (NC)komputer rangkaianTeknologi MaklumatTiadaKomputer yang dihubungkan ke Internet dan mempunyai pemproses sahaja serta tidak mempunyai cakera keras atau cakera liut. Pengguna komputer ini perlu menggunakan perisian aplikasi daripada komputer pelayan. Data juga perlu diperoleh dan disimpan semula pada komputer pelayan. Komputer ini lebih bersifat komputer pelanggan. Walaupun komputer ini telah menggantikan terminal dalam beberapa aplikasi tetapi masih belum dapat menarik perhatian pasaran. Idea komputer ini dipelopori oleh syarikat Sun MicroSystem.
palm top computerkomputer telapak/komputer tatangKomputerTiadaTiada
host computerkomputer hosKejuruteraanTiadaKomputer utama atau komputer pengawal dalam rangkaian komputer.
portable computerkomputer mudah alihTeknologi MaklumatTiadaKomputer yang direka bentuk khas untuk mudah dibawa ke mana-mana seperti komputer buku nota, komputer riba dan komputer telapak.
portable computerkomputer mudah alihTeknologi MaklumatTiadaKomputer yang direka bentuk khas untuk mudah dibawa ke mana-mana seperti komputer buku nota, komputer riba dan komputer telapak.
personal computer (PC)komputer peribadi (PC)Teknologi MaklumatTiadaKomputer yang direka bentuk untuk kegunaan individu yang individu tersebut mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menggunakan dan mengurus komputer tersebut. Istilah ini diutarakan oleh IBM pada tahun 1981 sempena pelancaran komputer peribadi pada era komputer kerangka dan minikomputer. Kini pelbagai jenama komputer peribadi seni binanya setara dengan komputer peribadi IBM. Contohnya komputer DELL, MIMOS, COMPAQ dan ACER.
computerphobiagerun komputer/fobia komputerTeknologi MaklumatTiadaRasa takut terhadap komputer.
palm top computerkomputer telapak/komputer tatangSosiologiTiadaKomputer bersaiz kecil yang boleh diletakkan di atas tapak tangan.
Bulletin Board SystemSistem Papan BuletinTeknologi MaklumatTiadaKemudahan dalam sistem rangkaian komputer yang membolehkan pengguna komputer menghubungi komputer tertentu untuk meninggalkan pesanan atau fail di dalam ruang ingatan sepunya yang boleh dilihat dan diambil oleh orang lain.
12345678910...

Kembali ke atas