Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tém.po.ra.ri] | کونتيمڤوراري

Definisi : (kontémporari) pd masa yg sama, semasa atau sesama (dgn seseorang atau sesuatu), (pd) masa kini: sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kpd penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; aspirasi rakyat ~; penyair ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontemporari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa maksud kontemporari dalam prpm langsung tidak ada maksud "moden", sedangkan penggunaan perkataan kontemporari telah digunakan secara meluas yang membawa maksud moden/futuristik/gaya hidup kini?Kontemporari bermaksud moden dan mengikuti perkembangan terkini. Contoh ayat, Model baharu beg tangan ini sesuai untuk wanita kontemporari. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana.Lain-lain22.12.2022
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
apakah maksud konsep kontemporari?Kontémporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu).Makna18.01.2010
Apakah istilah bahasa Melayu bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran kontemporari seperti berikut: i) Heutagogy ii) Peeragogy iii) Cybergogy Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

heutagogy - heutagogi
peeragogy - piragogi
cybergogy - sibergogi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain30.07.2021
MAKSUD PERIBAHASA SEPERTI MUARA JUAL KUALABoleh rujuk Buku Kamus Peribahasa Kontemporari tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, terbitan PTS Publications atau buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain21.09.2007
SAYA INGIN MENDAPATKAN BIO-BIBLIOGRAFI DARAMATIS HATTA AZAD kHAN Terima KasihBio - Bibliografi Hatta Azad Khan : 6.Hatta Azad Khan dan teater kontemporari di Malaysia Krishen Jit Dewan Sastera 15/03/1982 . 7. Berkisarnya legenda Jebat dalam drama Hatta Azad Khan. olehSafri Ali .Berita Harian 03/05/1987 . 8. Hatta Azad Khan oleh Wan Ahmad Ismail Bacaria 04/09/1991. 9. Hatta Azad Khan arah Tun Perak Mingguan Malaysia 19/03/2000. 10. Hatta Azad Khan persiakan karya Usman Awang: percubaan yang tidak kena pada tempatnya oleh Abdullah Ngah Berita Harian 30/12/1982. 11. Istana Budaya: Hatta Azad Khan perlu lebih rasional oleh Zamri Pilus Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya) 27/03/2002. 12. UKM kehilangan Hatta Azad Khan oleh Ibrahim Shah Mingguan Malaysia 19/12/1993.Lain-lain08.06.2007
Salam... Bagaimana jika saya ingin mencari perkataan yang sama maksud, sebagai contoh perkatan pelawa, apakah perkataan yang sama maksud dengannya? dan bagaimana jika saya ingin tahu perkataan-perkataan baru seperti perkataan ini: kontemporari.Terima kasihSaudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkataan-perkataan tersebut ataupun melalui laman web DBP.Lain-lain17.06.2009
Apakah terjemahan bagi kafe hipster?

Berdasarkan Kamus Dewan, hipster bermaksud:

  1. Unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi mempunyai nilai kontemporari.
  2. Orang yang unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi moden dan mengikut perkembangan terkini.
Kafe hispter boleh dianggap sebagai restoran kecil yang berkonsep moden dan unik.
Makna21.07.2021
Assalamualaikum, saya seorang penerbit rancangan di stesen Radio Malaysia Sabah fm dan menerbitkan Rancangan Belajar Peribahasa.Bolehkah sekiranya DBP menghantar melalui fax peribahasa beserta maksudnya untuk memudahkan saya menerbitkan rancangan ini.Harap pihak anda ambil perhatian.

Saudara boleh mendapatkan buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Abdullah Hussain, terbitan DBP, Kamus Peribahasa Kontemporari, terbitan PTS Sdn. Bhd. dan sebagainya.

Lain-lain15.10.2009
12

Kembali ke atas