Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong.Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol".Tatabahasa15.11.2011
APAKAH NAMA JAWATAN KOSONG? DAN DI MANA HENDAK MENDAPATI NAMA IKLAN DI JAWATAN KOSONG INI.

Sdr boleh mendapatkan butiran jawatan kosong melalui iklan yang kami siarkan dari masa ke masa atau melayari laman sesawang kami.

 Terima kasih.

Lain-lain10.02.2010
iklan jawatan kosong sekarang

Sdr Areyu,

Buat masa ini belum ada jawatan kosong yang hendak diiklankan. Walau bagaimanapun, sila layari laman web kami dari masa ke masa untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan aktiviti DBP dan jawatan kosong (Sekiranya ada).

Lain-lain19.02.2008
Saya ada ternampak iklan mengenai jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka, namun bila saya tekan pada pautan yang berkenaan, saya tidak menjumpai sebarang iklan jawatan kosong. jadi, bagaimana saya hendak memohon kekosongan jawatan berkenaan? Terima kasih.Puan Siti Sarah, berhubung hasrat puan untuk memohon jawatan kosong di DBP, saya sarankan puan melayari laman sesawang dbp.gov.my dan memuat turun borang permohonan jawatan kosong tersebut. Menerusi laman sesawang tersebut juga, puan boleh melihat beberapa kekosongan jawatan berserta gred jawatan. Terima kasih dan semoga berjaya.

Sekian.
Lain-lain09.04.2018
Antara berikut, ayat manakah betul? 1) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2) Isikan tempat kosong dengan jwapan yang betul. Sekiranya ayat berikut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih:)Ayat yang betul ialah "Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul kerana ayat tersebut merupakan sebuah arahan supaya mengisi sesuatu.Tatabahasa03.04.2018
BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPATKAN SENARAI BERKAITAN JAWATAN KOSONG YANG DIKELUARKAN OLEH DBP SEDANGKAN DI DLM LAMAN WEB CUMA TERDAPAT BORANG JAWATAN KOSONG TETAPI SENARAI NAMA JAWATAN YANG DITAWARKAN TIADA. TERIMA KASIHKami akan mengeluarkan senarai jawatan kosong melalui iklan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga di dalam laman web DBP apabila urusan pengisian jawatan-jawatan tersebut hendak diisi.Lain-lain05.06.2008
Mohamad Faiz Pauzi Apr 6th, 5:48am Assalamualaikum Tuan/Puan. Terdapat jawatan kosong di DBP??Kami akan mengeluarkan senarai jawatan kosong melalui iklan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga di dalam laman web DBP. Permohonan jawatan kosong DBP dibuat melalui SPA.Lain-lain06.04.2015
Assalamualaikum/salam sejahtera nak bertanya bila DBP ada iklankan jawatan kosong

Sdr,

Pada masa ini tiada iklan jawatan kosong yang disiarkan.

Sdr disarankan supaya melayari laman sesawang DBP dari masa ke masa bagi melihat iklan jawatan kosong yang disiarkan.

Lain-lain21.03.2010
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
jawatan kosong

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Lain-lain06.06.2018
12345678910...

Kembali ke atas