Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Cina datang dari Hong Kong, Bawa bersama buah bidara; Bukannya cerita, cerita kosong, Cerita Pak Tua penglipur lara;Pantun Melayu SARAWAKBudi Rampaian
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Buah manggis buah pulasan, Asam jawa buah kedondong; Menangis sayang mendengar pesan, Kecewa sayang dada kosong.Pantun Melayu SARAWAKNasihat
Duduk termenung di waktu petang, Padang selasih ditumbuh kangkong; Sudah nasib diriku malang, Sedang berkasih kocek kosong.Pantun Melayu SARAWAKNasib
Kapal kecil roda lambung, Naik ke darat pasang teropong; Orang muda kacak melambung, Songkok senget saku kosong.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong.Pantun Melayu SARAWAKKiasan

Kembali ke atas